JUST IN

Malapetaka jika PH, BN, PN menang PRU-15 jadi kerajaan

by | Nov 19, 2022 | Opinions | 0 comments

OLEH: TUN MAHATHIR MOHAMAD

Satu malapetaka mungkin akan berlaku apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diisytiharkan.

Ramalan pakar berkenaan PRU15 ialah satu dari tiga buah kumpulan politik akan berjaya dan akan diri Kerajaan.

Tiga buah kumpulan ini ialah Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Barisan Nasional ialah kumpulan yang dipimpin oleh penjenayah (criminals) yang bertanding untuk selamatkan diri mereka dari dipenjara.

Jika mereka jadi Kerajaan maka amalan rasuah dan curi duit Kerajaan akan diteruskan. Sudah tentu Malaysia akan menghadapi malapetaka.

Pakatan Harapan pula akan lantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Anwar ialah orangnya yang menuduh orang Melayu utamakan hanya kaum mereka, iaitu mereka adalah rasis (racist).

Anwar juga dianggap liberal dan tidak menolak cara hidup bebas yang diamal di Barat.

Perikatan Nasional akan pilih Mahiaddin sebagai PM. Mahiaddin ialah orangnya yang melaksana rebutan kuasa melalui pintu belakang.

Dia juga dikatakan terlibat dengan rasuah berkenaan kontrak pelajaran dengan YTL.

Ketiga-tiga kumpulan ini akan mencetuskan huru-hara dan malapetaka jika mereka menjadi Kerajaan Malaysia.

Jika rakyat Malaysia ingin elak dari malapetaka apakah pilihan rakyat?

Sehingga kini penulis dan media sosial mengenepi dan menolak Gerakan Tanah Air yang bertanding dengan nama Pejuang Tanahair kerana GTA tidak didaftar oleh Kerajaan.

Pejuang mampu dipilih menjadi Kerajaan. Pejuang meletak 125 calon dan jika disokong, Pejuang boleh membawa perubahan kepada politik negara.

Pemimpin dan calon Pejuang bersih dari segala jenayah dan berpengalaman dalam pentadbiran.

Janji Pejuang ialah untuk mendiri Kerajaan yang bebas dari rasuah dan pencurian wang Kerajaan. Pejuang akan pegang kepada perundangan (The Rule of Law) dan Perlembagaan.

Pejuang mempunyai perancangan untuk pulih ekonomi, mengurus kewangan dengan baik, menstabilkan politik dan mengembali negara sehingga jadi Asian Tiger.

Pejuang bukan parti kecil. Pejuang juga bukan baru dari segi politik dan pentadbiran.

Di waktu ini hanya Pejuang sahaja yang berslogan Bersih, Cekap dan Beramanah. Pilihlah Pejuang jika negara ingin elak dari huru-hara dan malapetaka.

Kita sudah lihat apa yang telah terjadi apabila, BN, PN dan PH memerintah. Elak dari yang boleh dielak dengan memberi peluang kepada Pejuang Tanahair.

Jika tidak sebagai Kerajaan Pejuang sebagai rakan besar dalam pakatan (coalition) dengan yang bersih akan bawa banyak kebaikan. Pilihlah Pejuang!

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES