JUST IN

Jangan main-main kuasa rakyat, jutaan ‘silent voters’ kini pulang ke kampung

by | Nov 19, 2022 | Opinions | 0 comments

OLEH: NORMAN RADZUAN

Lebuh raya sesak! Mimpi ngeri buat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Manakan tidak, apa pilihan rakyat Malaysia ada selain Anwar?

Sejak kelmarin saya dikhabarkan lebuh raya sesak teruk. Apabila anak rantau sama ada dari Singapura menyeberangi tambak Johor atau dari Lembah Klang berselerakan pulang ke kampung halaman, UMNO tahu ia mimpi buruk buat mereka.

BN atau PN tahu itulah ‘silent voters’ atau bala tentera yang pulang untuk menghukum perasuah atau pengkhianat negara. Jangan main-main dengan kuasa rakyat. UMNO lupa dengan kuasa rakyat mantan Presiden mereka dihumban ke penjara.

Kelompok ini tidak turun ke jalan raya berdemontrasi atau menulis di ‘wall’ media sosial melawan kebobrokan kerajaan tetapi mereka hanya menaiki kereta di lebuh raya untuk pulang mengundi menghukum kletopkrasi.

Sifirnya mudah. Apa lagi pilihan yang rakyat Malaysia ada untuk melihat perubahan secara total? Pangkah BN dapat Zahid Hamidi, undi PN dapat juga Zahid Hamidi apabila Takiyuddin telah menggambarkan PN mungkin bergabung dgn BN.

Kenapa Takiyuddin berkata demikian? Ini kerana mereka sudah tahu atau merasai gelombang rakyat Malaysia yang benci perasuah, benci parti yang memainkan isu perkauman dan agama bersedia pulang untuk menghukum mereka.

Mana mungkin bila rakyat semakin bijak akan memilih parti yang membodohkan mereka. Mana mungkin mereka pulang untuk melantik perasuah yang menjahanamkan ekonomi negara.

Rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim adalah insan yang paling layak dan hanya beliau lah HARAPAN Malaysia.

2023 pakar-pakar ekonomi dunia meramalkan dunia akan mengalami kegawatan ekonomi. Rakyat Malaysia tahu bagaimana negara melalui kegelapan ekonomi yang dipimpin oleh Muhyiddin dan Ismail Sabri. Jadi mana mungkin mereka mengundi parti yang serupa?

Mana mungkin untuk melihat pembaharuan rakyat Malaysia memilih orang yang sama menjadi PM atau lebih teruk lagi jika Zahid Hamidi menjadi PM yang kini menghadapi berpuluh kes rasuah.

Rakyat Malaysia bukan memangkah untuk melantik perasuah. Rakyat Malaysia bukan memangkah untuk melantik pengkhianat. Rakyat Malaysia memangkah untuk memilih parti yang mampu ‘reform’ negara Malaysia menjadi sehebat Singapura.

Para cendiakawan di kalangan 70 profesor secara terbuka telah memilih DS Anwar sebagai PM untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia. Apabila mereka memilih bermakna Anwar harapan terakhir untuk menyelamatkan Malaysia.

Tidak perlu dibicarakan lagi rekod kecemerlangan beliau ketika menjadi Menteri Kewangan. Tidak perlu dipertikaikan ketokohan beliau yang sangat dihormati oleh pemimpin-pemimpin dunia walaupun bukan sebagai PM.

Insya-Allah. Tugas kita semua hanya perlu pastikan anak-anak kita keluar mengundi. Pastikan mereka memilih HARAPAN untuk masa depan mereka. Kita tidak mahu mereka terus menjadi hamba membayar hutang-hutang beratus bilion yang dirompak oleh politikus usang itu.

Ingat rakyat Malaysia, inilah peluang yang ada untuk menyelamatkan ekonomi negara dan keluarga kita. Ia hanya hadir 5 tahun sekali.

Jangan biar kita rakyat yang sepatut menjadi tuan di negara ini diperhambakan atau dibodohkan oleh pemimpin yang rakus merompak harta rakyat. Kita boleh!

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES