Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Johor to be a major growth centre
Besarnya pengaruh politik basmi imej ‘Paris of Malaya’ di Kelantan
OLEH: SERI CENDIAKAWAN
Sekitar tahun 1950-an, Kelantan telah dikenali sebagai ‘Paris of Malaya’ kerana industri pelacuran yang begitu berleluasa. Ini kerana Paris pada waktu itu sememangnya terkenal dengan industri pelacurannya.
Pelacur yang menjalankan pelacuran di Kelantan ini bukan hanya terdiri dalam kalangan penduduk tempatan sahaja tetapi turut melibatkan penduduk negeri lain termasuklah dari Thailand.
Lebih malang lagi, kebanyakan pelacur ini telah dilatih seawal usia 12 tahun lagi. Antara punca membiaknya kegiatan ini ialah kerana masalah perceraian yang tinggi, peluang pekerjaan yang kurang serta kurangnya pendidikan.
Kegiatan pelacuran di Kelantan ini sudah wujud sekian lama. Abdullah Munshi yang datang ke Kelantan sekitar tahun 1838 turut menyebutkan mengenai kegiatan pelacuran di Kelantan itu.
Di pihak kerajaan Kelantan pula, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan kegiatan ini namun gagal. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sendiri turut mengeluarkan tiga jenis undang-undang berkenaan pelacuran ini.
Dalam fail MAIK juga ada dimuatkan temu ramah dengan golongan pelacur ini, antaranya ialah kes Mek Som dengan Che Mat:
“Saya (Mek Som) telah bujang (janda) dua tahun. Saya lama sudah mari Kota Bharu dan duduk di Lorong Syed Husin. Saya tak kenal Che Mat, baharu ini malam. Saya kenal Cina Seng tuan rumah sudah lama. Ini petang lebih kurang 7.00 pm 13/7/38, saya pergi berjalan di gudang Seng. Lebih kurang 10 pm, saya ada diluar gudang Seng datang Che Mat ajak saya masuk tidur di dalam gudang Seng. Upahan tidak dijanji. Kemudian saya pun ‘berjahat’ dengan Che Mat sekali sahaja, …”
Balas Che Mat pula, “Saya bujang (duda) di Banggol dan yang kenal saya Pak Leh orang Dalam Kota Sultan. Saya tak kenal Mek Som, baharu ini malam. Saya tak kenal Cina Seng tuan rumah. Lebih kurang 10 pm, 13/7/38 saya pergi Lorong Encik Kadir, kemudian jumpa dengan Mek Som di kaki lima Cina Seng, lalu dia ajak saya masuk tidur ‘berjahat’ di dalam gudang Seng. Saya kata tiada wang, ada 30 sen sahaja. Kemudian Mek Som setuju…”
Sekitar tahun 1916, seramai 44 orang pelacur telah ditangkap di Kota Bharu dan pada tahun berikutnya seramai 45 orang palacur telah ditangkap. Dalam tahun 1917 itu juga, seramai 13 orang pelacur telah ditangkap di Tumpat manakala 11 orang lagi ditangkap di Pasir Mas.
Pada tahun 1919 pula, Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad IV telah mengarahkan MAIK supaya menyenaraikan nama pelacur atau ‘perempuan jahat’ yang terdapat di Kota Bharu. Pada tahun 1923, kelihatannya jumlah tangkapan pelacur di Kota Bharu telah berkurangan kepada 26 orang manakala 11 orang pelacur telah ditangkap di Tumpat dan pada tahun 1937 pula jumlah pelacur yang ditangkap ialah seramai 34 orang.
Selain di jajahan tersebut, ada juga tangkapan pelacur di buat di Jajahan Pasir Puteh dan Ulu Kelantan namun tiada rekod mengenainya.
Di Kota Bharu ini terdapat empat buah rumah pelacuran yang terletak di Lorong Kubur, Lorong Che Kadir, Jalan Wakaf Siku dan Jalan Post Office.
Selain itu, kegiatan pelacuran juga berlaku di hotel dan rumah tumpangan di kawasan Sungai Kelantan dan juga beberapa tempat seperti di Gajah Mati, Lorong Che Su, Jalan Padang Garong, Kampung Engku Merah, Kampung Engku Chik, Kampung Raja Kelantan.
Pada tahun 1917, ada sekitar 17 orang pelacur yang aktif menawarkan khidmat persundalan di kawasan Balik Kota, Kampung Tengku Bendahara, Berek Raja Muda, Kampung Sireh, Lundang, Sungai Budur, Kampung Raja, Padang Garong dan Kampung Engku Besar Tuan Long Ahmad.
Di Ulu Kelantan yang tiada kemudahan hotel dan rumah tumpangan yang banyak pula, kebanyakan pelacur ini akan melacur di kawasan estet yang didiami oleh orang Cina. Kegiatan tidak bermoral ini ‘disokong’ oleh tuan estet kerana mereka mahu orang Cina terus kekal bekerja dengan mereka selain untuk menggalakkan kedatangan kuli-kuli baharu.
Perkara sama juga berlaku di Pasir Putih apabila ada perempuan Melayu yang melacur dengan orang Cina, India, Ceylon sehingga beranak-pinak. Dalam rekod MAIK juga, ada beberapa perempuan Melayu yang terkenal menjalin hubungan dengan lelaki bukan Melayu iaitu Mek Som Mak Yong, Mariam Linggang, Minah, Saadiah dan Siti.
Betapa kroniknya industri pelacuran di Kelantan pada waktu itu sehinggakan turut menjadi bahan kempen parti PAS dalam pilihanraya tahun 1959. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masalah pelacuran ini tetap tidak kunjung hilang sehinggalah PAS mengambil alih semula Kelantan pada tahun 1990.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)