JUST IN

Rakyat kini tidak pilih wakil rakyat berdasarkan kaum dan agama semata-mata

by | Nov 16, 2022 | NATIONAL, NEWS, Opinions | 0 comments

OLEH: CALON-CALON PRU15 DAP-HARAPAN

Kami mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Hadi Awang kerana memberi publisiti bahawa DAP banyak menampilkan calon Melayu dalam PRU15. Kami faham bahawa usaha DAP mengetengahkan calon Melayu yang berkaliber dan berpotensi mendatangkan kebimbangan kepada PAS dan Perikatan Nasional.

Kerusi-kerusi yang ditandingi oleh calon Melayu daripada DAP bukanlah kerusi mudah namun DAP meletakkan calon terbaik mereka bagi membantu Pakatan Harapan memenangi PRU15 dan bagi meletakkan calon terbaik pemimpin negara ketika ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Presiden PAS perlu sedar bahawa rakyat Malaysia tidak lagi memilih wakil rakyat mereka hanya berdasarkan kaum dan agama calon yang bertanding. Pengundi Melayu Islam akan memilih calon Melayu daripada DAP bukan hanya kerana mereka Melayu Islam sebaliknya berdasarkan prestasi dan khidmat wakil-wakil rakyat DAP.

Hadi Awang terus memandang rendah keupayaan berfikir pengundi Melayu Islam dalam memilih pemimpin dan wakil rakyat mereka. Hadi Awang turut merendahkan tokoh pemimpin Melayu Islam yang bukan sahaja dipandang tinggi di Malaysia malah di peringkat dunia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang boleh dipergunakan oleh pihak lain.

Ramai sudah sedar bahawa parti yang menunggang sentimen Melayu dan Islam bagi meraih undi adalah PAS dan parti-parti sekutu mereka. Pandangan singkat mereka menyebabkan mereka hanya tahu menggunakan sentimen kaum dan agama untuk memenangi pilihan raya berbanding mengemukakan calon yang berkaliber dan menengahkan polisi yang baik bagi menyelesaikan masalah rakyat seperti DAP dan Pakatan Harapan.

Walaupun DAP tidak banyak bertembung dengan calon daripada PAS, PAS terus merasakan bahawa DAP adalah seteru politik utama mereka. Mungkin Presiden PAS itu dapat melihat gelombang sokongan pengundi kepada DAP dan Pakatan Harapan yang memungkinkan mereka hilang kuasa dan jawatan yang sudah beraja di hati mereka.

**Kenyataan bersama ini dibuat oleh calon-calon PRU15 DAP-HARAPAN berikut:

Zulhazmi Shariff

Calon Parlimen P.012 Jerai

Khairil Khalid

Calon DUN Pahang N.20 Pulau Manis

Syerleena Abdul Rashid

Calon Parlimen Bukit Bendera P.048

Tarmizi Mohd Jam

Calon Parlimen P.054 Gerik

Young Syefura binti Othman

Calon Parlimen P.089 Bentong

Syahredzan Johan

Calon Parlimen P.102 Bangi

Sheikh Omar

Calon Parlimen P.148 Ayer Hitam

Fatin Zulaikha binti Zaidi

Calon Parlimen P.154 Mersing

Shazwan Zdainal

Calon Parlimen P.164 Pontian

Badrul Hisham bin Badarudin

Calon DUN Perak N.56 Changkat Jong

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES