Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Dah kenapa pula tayang kertas undi tu Leona?
Pempengaruh (influencer), Kasih Iris Leona nampaknya sekali lagi menarik perhatian warganet. Semuanya gara-gara kertas undi yang dikongsikannya secara terbuka kepada khalayak di laman TikTok.
Dalam video tersebut, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman itu dilihat teruja mempamerkan kertas undi yang baru sahaja diterimanya.
Situasinya yang berstatus pelajar Malaysia di United Kingdom meletakkan Leona di bawah kategori pengundi awal yang akan mengundi di luar negara secara pos.
Namun, rata-rata warganet yang meninggalkan komen di video tersebut mengkritiknya kerana tindakan menunjukkan kertas undi dianggap tidak beretika dan melanggar peraturan.
“Kertas undi tidak boleh didedahkan kerana ada akta dan peraturan yang perlu dipatuhi. Lebih baik Leona padam sebelum terlambat,” komen seorang pengikutnya.
“Kamu tak sepatutnya dedahkan kertas undi secara umum begini. Bukankah kertas undi tersebut ada nombor sirinya?” soal pengikutnya yang lain.
“Inilah masalah Generasi Z bila mengundi. Pertama kali undi sampai kertas pun sibuk nak ditayang. Kalau boleh, ‘live streaming’ waktu undi pun nak dibuat juga,” kritik pengguna TikTok yang lain.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir warganet menjelaskan bahawa perbuatan tersebut tidaklah menjadi kesalahan sehingga perlu diperbesar-besarkan.
“Biar je lah dia nak tunjuk. Tak ada apa-apa yang ditandakan pun lagi di kertas undi tu. Lagipun, undi yang ada nombor siri bukanlah rahsia. Orang boleh tahu calon siapa di kawasan tersebut,” jelas seorang pengikutnya.
“Mungkin Leona teruja agaknya. Saya rasa tak jadi masalah. Kertas undi belum ditanda,” kata seorang lagi pengguna TikTok.
Tinjauan The Malaysia Voice di laman TikTok milik Leona bagaimanapun mendapati video tersebut kini telah pun dipadam.
-THE MALAYSIA VOICE