OLEH: MAT DANGER
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengakui bahawa terdapat segelintir dari ahli parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang tidak menghormati sensitiviti orang Melayu.
Contohnya apabila membantah tulisan Jawi, tidak menghormati hak-hak orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan, dan kenyataan yang mengguris perasaan orang Melayu.
Mereka menentang hak-hak orang Melayu dengan alasan mahu kesamarataan, dan ramai orang-orang yang terpengaruh dengan hasutan lunak untuk membenci hak-hak orang Melayu.
Dan ramai yang melihat Melayu yang menyokong PH sebagai ‘kuda tunggangan’ kepada parti yang paling kuat dalam PH, iaitu DAP.
Bahkan, ada ramai Melayu yang sanggup menjadi calon DAP, sebuah parti yang dianggap chauvinis.
Ahli parti DAP seperti Nga Kor Ming, Teresa Kok dan Superman Hew seringkali mencabar kesabaran orang Melayu dan angkuh terutamanya ketika kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Tetapi, jangan ingat Perikatan Nasional suci dari dosa ini. Dua parti utama dalam PN, PPBM dan PAS, pernah bersekongkol dengan DAP.
PAS bersekongkol dengan DAP pada PRU tahun 1999 menerusi Barisan Alternatif dan 2008 hingga 2015 dalam Pakatan Rakyat, sementara PPBM pula bersekongkol dengan DAP pada PRU14.
Yang tidak pernah menjadi ‘macai’ kepada DAP cuma UMNO dan Barisan Nasional.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)