JUST IN

Kerjasama AiruFlo, farmasi tempatan perkenal pelitup muka guna semula berkualiti

by | Nov 15, 2022 | Business, LOCAL | 0 comments

AiruFlo, jenama pengeluar pelitup muka modular silikon berkualiti tinggi pertama di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan sepuluh peruncit farmasi yang sah untuk menjadikan produk mereka lebih banyak tersedia di kedai fizikal di seluruh negara.

Melalui perkongsian baharu itu, topeng muka AiruFlo akan dijual di 41 buah farmasi, menjadikannya mudah diakses oleh khalayak ramai sambil menggalakkan kelestarian melalui penggunaan pelitup muka guna semula.

Pengasas bersama AiruFlo, MC Leong berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama yang terjalin bersama rakan kongsi farmasi kerana langkah besar tersebut menjurus ke arah peningkatan penggunaan pelitup muka guna semula berkualiti tinggi yang membolehkan lebih ramai orang mencuba produk keluaran mereka.

“Pelitup muka telah menjadi komponen penting dalam keperluan harian kita, biarpun ia tidak lagi merupakan satu kewajipan di fasa endemik. Keadaan alam sekitar yang terjejas disebabkan pelitup muka pakai buang telah membinasakan ekosistem kita.

“Oleh kerana itu, orang ramai telah mula mencari pelitup muka yang mereka boleh guna pakai untuk masa yang lama, dan tetap memberikan perlindungan yang jitu,” ujarnya, baru-baru ini.

Untuk meraikan kerjasama ini, AiruFlo telah mengeluarkan edisi pelitup muka terbaharu mereka awal tahun ini iaitu pelitup muka versi Stealth Black. Tidak seperti produk lain yang mendahuluinya dengan badan yang lutsinar, pelitup muka yang terbaru ini disediakan dalam warna hitam separa legap bersama penapis N95 versi hitam yang sepadan.

Pelitup muka AiruFlo diperbuat daripada getah silikon gred makanan yang membantu melindungi daripada bakteria dan bahan pencemar sambil menyediakan ruang yang selesa untuk bernafas dan lembut pada sentuhan. Pelitup ini mudah dicuci dan serasi dengan pelbagai penapis N95 AiruFlo.

Rakan kongsi farmasi AiruFlo termasuk Aeon Malaysia, Ascen Plus Pharmacy, Consult Pharmacy, Friends’ Pharmacy, GEM Pharmacy, Happy Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy dan Medsense Pharmacy.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES