
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Pembukaan semula LRT laluan Kelana Jaya lancar, pampasan diberikan penumpang terjejas

Pembukaan sepenuhnya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seawal bermula pukul 6 pagi hari ini, setelah 16 stesen digantung perkhidmatan selama lima hari pada minggu lepas.
Rapid KL berkata, tinjauan di stesen-stesen utama di sekitar Kuala Lumpur ketika waktu puncak pagi menunjukkan pergerakan penumpang adalah lancar sementara kesesakan penumpang di stesen-stesen juga telah berkurangan.
“Sebagai langkah persediaan, sejumlah 92 bas perantara percuma diaktifkan untuk memberi pilihan alternatif serta kemudahan kepada orang awam.
“Perlaksanaan pampasan kepada penumpang LRT Laluan Kelana Jaya seperti yang telah diumumkan juga bermula pada hari ini dan kakitangan stesen telah membantu memberi penerangan kepada penumpang.
“Setakat jam 4 petang, operasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya adalah stabil. Terdapat gangguan sementara kepada sistem bukan kritikal keselamatan yang telah berlaku pada jam 12.43 tengah hari tadi yang menjejaskan beberapa stesen di sekitar Stesen Damai, namun ianya telah dipulihkan dalam masa 15 minit. Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang-penumpang yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya lagi, kelancaran keseluruhan sistem LRT Laluan Kelana Jaya akan terus dipantau oleh pakar teknikal Rapid Rail bagi memastikan operasi dan sistem kekal stabil serta selamat untuk semua pengguna.
“Pihak Prasarana dan Rapid Rail sekali lagi berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam. Kami memberi jaminan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua,” katanya.
-THE MALAYSIA VOICE