
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Cuti umum khas 18, 19 November ini sempena PRU-15

Semua pihak nampaknya kini boleh menarik nafas lega dan mula mengatur perjalanan untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), terutamanya bagi golongan perantau yang berkerja di negeri-negeri lain.
Hal ini berikutan pengesahan cuti umum khas bersempena PRU-15 yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS di Putrajaya, hari ini.
“Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” ujarnya.
Jelas Ismail, tambahan cuti kelepasan am hari kedua diberikan berikutan ada kemungkinan syarikat swasta yang beroperasi pada Sabtu.
Baru-baru ini, beberapa kerajaan negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing telah membuat pengumuman yang sama dengan mengisytiharkan tarikh 18 November sebagai cuti khas bagi memberi galakan kepada rakyat untuk keluar mengundi.
-THE MALAYSIA VOICE