JUST IN
Insap explores the potential of BRICS
Exporting renewable energy to Singapore
Emotional intelligence and emotional maturity
Sushi Sebenarnya Berasal Dari China?
MIDA and Chery Automotive Supply Chain Programme driving benefits for Malaysian vendors in China
Malaysian with Cerebral Palsy Inspires Through Marathon Feats in Taiwan
Solitario Expands Global Presence with New Lab-grown Store in Kuala Lumpur, Enters Malaysia Market
Messi jadi penanda aras kejayaan yang mahu diraih Mbappe
Sultan of Selangor wants all deviant teachings to stop
SME Bank bawa usahawan O&G tempatan ke pasaran global
Sembilan buah syarikat Malaysia dalam industri minyak dan gas (O&G) yang merupakan peserta Business Exports Programme (BEP) SME Bank dan Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor (PPKV) telah mengambil bahagian dalam Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi sempena Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2022 dari 30 Oktober hingga 4 November.
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira Aria Putera Ismail berkata, terdapat keperluan segera untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan berkembang dan menjadikan kehadiran mereka dirasai di peringkat global memandangkan asas ekonomi Malaysia kini bertambah baik.
“BEP dan PPKV adalah platform terbaik untuk mereka merebut peluang dan meluaskan rangkaian pasaran. Melihat kepada kesan positif prestasi eksport PKS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan dana bernilai RM9.5 juta untuk pelaksanaan BEP dan RM5.48 juta untuk pelaksanaan PPKV,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim yang mengetuai misi ke Abu Dhabi mengulas, matlamat BEP adalah untuk memupuk dan membangunkan lebih ramai pengeksport Bumiputera antara tahun 2020 hingga 2025.
“SME Bank menyasarkan 47 buah syarikat untuk memasuki pasaran baharu atau mengembangkan pasaran sedia ada dan merekodkan jualan eksport tambahan.
“Manakala bagi PPKV, matlamatnya adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat vendor dalam pasaran domestik dan menembusi pasaran antarabangsa melalui akreditasi dan pensijilan serta memastikan syarikat vendor lebih berdaya saing dan berdaya tahan serta didorong oleh penggunaan teknologi,” ujarnya.
Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi adalah kerjasama antara SME Bank, KUSKOP dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
-THE MALAYSIA VOICE