JUST IN

Amber Heard buat hal lagi, kali ini berak di jalanan

by | Nov 9, 2022 | THE GRAPEVINE | 0 comments

Pelakon kontroversi, Amber Heard nampaknya tak serik-serik lagi menjadi tumpuan media dan orang awam. Terbaharu, bekas isteri Johnny Depp itu dirakam melakukan perbuatan tidak senonoh iaitu membuang air besar di kawasan kejiranan perumahannya.

Youtuber, Joseph Morris yang juga jiran kepada Amber dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab menyebarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut di lamannya sebelum dikongsikan secara meluas.

Amber dilihat berjalan dalam keadaan mabuk dan selamba melondehkan seluarnya lalu duduk mencangkung sambil membuang air besar di satu sudut.

Aksi jijik tersebut difahamkan sebenarnya biasa dilihat oleh jiran-jiran di kawasan berkenaan kerana sejak mendiami kawasan itu, penduduk sudah mula berang dengan keadaan kotor dan busuk dengan najis manusia di merata-rata tempat.

“Amber balik rumah dalam keadaan mabuk pada malam kejadian. Dia menjerit dan berteriak dengan kuat. Jiran-jiran sudah mula membenci dirinya kerana selalu membuat kacau.

“Sejak kehadirannya ke sini, kawasan kejiranan kami sudah tidak lagi aman,” dakwa salah seorang jirannya.

Amber kini tidak lagi menetap di Amerika Syarikat dan telah berpindah ke Mallorca, Sepanyol. Aktes filem Aquaman ini dikatakan mahu mencari angin baharu dan menenangkan diri selepas tewas kes mahkamah kepada Johnny Depp, awal tahun ini.

Salah satu pendedahan oleh Johnny dalam dakwaan kes mahkamah berkenaan agak mengejutkan kerana Amber dikatakan pernah membuang air besar di atas katil mereka.

Amber bagaimanapun menafikannya dan mengatakan najis tersebut milik anjing peliharaan mereka.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES