JUST IN

31 Ogos bukan tarikh kemerdekaan Sarawak?

by | Aug 30, 2022 | Opinions | 0 comments

OLEH: UTHMAN DAUD

Seperti biasa apabila tiba tarikh 31 Ogos, pasti ada sesetengah pihak yang bermain dengan sentimen kenegerian.

Ini berpunca dengan salah faham tarikh kemerdekaan yang berbeza iaitu 31 Ogos 1957, tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan 16 September 1963. Sekarang tambah pula tarikh 22 Julai iaitu Hari Sarawak.

Perbezaan tarikh ini sepatutnya tak timbul isu. Amerika Syarikat menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal tarikh 4 Julai. Tarikh ini dipilih sempena Koloni 13 (lihat warna merah dalam peta) bebas dari jajahan Inggeris iaitu ketika King George III menjadi Raja Britain ketika itu.

Sedangkan tanah yang lain pula adalah jajahan negara lain. Tetapi selepas Continental Congress memutuskan 4 Julai sebagai tarikh kemerdekaan, seluruh rakyat Amerika menyambut tarikh yang sama tanpa ada sentimen ‘kami merdeka pada tarikh lain’ walaupun sebahagian besar Amerika Syarikat bukan sebahagian dari Koloni 13.

Pendek cerita, tarikh 16 September wujud kerana adanya 31 Ogos kerana selepas Tanah Melayu merdeka, Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu Tun Abdul Rahman Al-Haj menuntut kemerdekaan Sabah, Sarawak, dan Singapura dengan pembentukan Gagasan Malaysia.

Tarikh 22 Julai bukan tarikh kemerdekaan Sarawak kerana pada 22 Julai 1963, Sarawak masih dijajah British. Ia adalah tarikh penyerahan tugas secara mutlak kepada anak Sarawak dalam urusan pentadbiran sahaja oleh pihak British.

Ini satu kekeliruan yang perlu diperbetulkan kerana masih ramai yang salah faham kenapa wujudnya tarikh 22 Julai sebagai Hari Sarawak.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES