JUST IN

Aaron-Wooi Yik julang Malaysia sebagai juara badminton dunia buat pertama kali

by | Aug 29, 2022 | Sports | 0 comments

Penantian 45 tahun peminat-peminat sukan tempatan untuk menyaksikan juara dunia dalam sukan badminton akhirnya tercapai setelah gandingan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadirkan gelaran tersebut di Kejohanan Badminton Dunia 2022 Tokyo, Jepun.

Dalam aksi final yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam, Aaron-Wooi Yik unggul menundukkan pasangan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan kemenangan ‘straight set’ 21-19,21-14.

Meskipun terlebih dahulu ketinggalan 12-16 pada set pertama, mereka kemudiannya terus bangkit dan konsisten menyumbang mata demi mata untuk menjelmakan Malaysia sebagai jaguh dunia. 

Detik kejayaan tersebut bukan sahaja dianggap hadiah bermakna buat rakyat Malaysia yang bakal meraikan Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos ini, malah turut menjadi kenangan manis buat kedua-dua pasangan beregu di ranking keenam dunia itu yang akhirnya menamatkan badi kegagalan tidak pernah meraih sebarang kejuaraan dalam kejohanan yang disertai mereka sejak digandingkan pada tahun 2017.

Untuk rekod, prestasi skuad badminton Malaysia di kejohanan dunia tidaklah hambar kerana beberapa wakil negara juga pernah melangkah di pentas final seperti pemain perseorangan iaitu Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2011,2013 dan 2015, serta Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2010 yang begitu hampir merealisasikan status sebagai juara dunia.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES