Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Johor to be a major growth centre
Namron jawab persoalan dirinya dilabel pelakon termahal
Penulis dan pengulas hiburan tempatan, Razaisyam Rashid, baru-baru ini sempat mengeluarkan kenyataan mengenai nilai seorang pelakon hebat, Shahili Abdan yang lebih dikenali sebagai Namron, yang disyakinya sebagai pelakon termahal di Malaysia ketika ini.
Menurutnya, andaian tersebut dibuat berdasarkan tiga filem lakonannya yang telah disenaraikan dari 10 buah filem tempatan terlaris sepanjang zaman. Malah, daripada enam filem Malaysia yang pernah dihantar ke Oscar, dua daripadanya dilakonan oleh Namron.
Kenyataan tersebut disokong oleh warganet yang turut bersetuju dengan bakat serta kualiti yang dimiliki Namron setimpal jika benar dibayar mahal. Beliau bukan sahaja pelakon ‘pelengkap rasa’, malah juga seorang pengarah dan penulis skrip yang bergiat aktif untuk teater, filem dan televisyen.
“Memang patut dibayar mahal. Saya sebagai penonton pun kalau ada nama Namron memang tak akan lepaskan peluang untuk tonton,” kata Jaarfn.
“Layak dibayar sangat mahal untuk setiap projek akan datang. Profil yang cemerlang,” ujar Awayusof.
Hantaran tersebut bagaimanapun turut mendapat reaksi balas tuan empunya badan, Namron yang sudi menjelaskan nilai serta perjalanan kariernya yang mungkin tidak diketahui sesetengah pihak.
“Sebelum tu, izinkan saya buat sedikit pembetulan. Filem lakonan saya yang pernah di hantar ke Oscar adalah empat, bukannya dua iaitu Bunohan, Redha, Roh dan Prebet Sapu (cameo).
“Ok. Betulkah syak Razaisyam bahawa saya pelakon mahal di Malaysia?
“Ini jawapan saya, kalau dikatakan saya mahal masih ramai pelakon lain yang dibayar lebih mahal dari saya dan kalau dikatakan saya murah masih ramai pelakon lain yang dibayar murah dari saya.
“Saya hanya berlakon secara purata tujuh hingga 10 hari dalam sebulan. Selebihnya saya lebih banyak duduk di rumah.
“Apakah saya kecewa dengan keadaan ini?
“Jawapannya sudah pasti tidak! Walaupun saya tidak banyak hari berlakon dalam sebulan namun saya dapat hantar duit belanja kat orang tua dan kakak saya yang menjaganya. Saya dapat membayar sewa rumah teres dua tingkat di Damansara, tiada bil utiliti yang tertunggak, bagi duit belanja kat isteri dan anak anak, boleh bawa anak anak dan isteri keluar makan di luar pada bila bila masa dan di mana mana tempat yang kami suka, dapat pergi bercuti di dalam negara bila bila masa, saya juga dapat membantu rakan rakan yang memerlukan bantuan kewangan, dan dapat buat apa yang saya suka. Oh! Ya, saya juga dapat minum kopi mahal, membeli buku dan lukisan.
“Adakah saya kaya? Jawapan adalah tidak!
“Apakah saya bahagia? Jawapannya ya!
“Bagi saya kebahagiaan adalah bila saya dapat melihat anak-anak membesar dihadapan saya. Saya ada banyak masa untuk menjawab pertanyaan mereka tentang politik, ekonomi, sosial, seni, sejarah, sastera, geografi, agama dan ketuhanan. Saya ada banyak masa untuk tengok movie dan bergurau senda dengan isteri. Dan, saya dapat buat road tour Bengkel Filem Untuk Melawan di seluruh Malaysia dengan tanggungan sendiri.
“Tidakkah mahu membuat perkerjaan lain contohnya berniaga? Bukankah dengan ini dapat menambah pendapatan dan boleh menjadi kaya?
“Jawapannya adalah tidak. Jika saya berniaga atau buat perkerjaan lain saya akan hilang semua kebahagiaan yang saya nyatakan di atas. Bukankah dalam kehidupan ini kita semua mahu mengejar kebahagian, cuma ada masa kita tersilap dengan menyangka kebahagian hanya dapat diperolehi dengan kekayaan. Dari mana datangnya kebahagiaan sekiranya kita sibuk mengejar kekayaan hingga tiada masa untuk bersama keluarga,” tulisnya di laman sosial.
-THE MALAYSIA VOICE