JUST IN
ASEAN to push for win-win tourism
Those who forget the past are condemned to repeat it
The Finest Places to Live, Work and Thrive in Asia are Celebrated at the 19th PropertyGuru Asia Property Awards Grand Final
Show respect and consideration for pedestrians
Mouldy buildings pose a double hazard
Tidak wajar sentimen kepada wanita tidak bertudung. Hinakah mereka?
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Benarkah Penjara Kajang ada bilik VIP?
OLEH: NORMAN RADZUAN
Penjara Kajang kembali menjadi popular, kelmarin.
Di sebalik kes Najib, ada cerita menarik mengenai penjara ini. Khabarnya wujud bilik VIP di penjara tersebut.
Saya tidak pasti kebenaran kewujudan bilik VIP ada di penjara Kajang mahupun Sungai Buloh ketika ini. Ada yg mengatakan bilik VIP mempunyai bilik yang mempunyai tilam seperti di hotel, televisyen, bilik air khas dan kemudahan internet.
Tidak dinafikan Anwar Ibrahim dikhabarkan diletakkan di dalam bilik bukan sel seperti banduan-banduan lain. Malah dikatakan beliau dapat menikmati makanan seperti mi, roti dan sebagainya. Itu yang pernah dikhabar oleh Zukilfi Noordin, antara peguam Anwar ketika itu.
Apabila DS Anwar sekali lagi dipenjarakan, Zahid Hamidi menegaskan tiada layanan istimewa untuk Anwar. Dalam kes ini, hanya Anwar boleh menceritakan keadaan sebenarnya.
Sama ada benar atau tidak kewujudan bilik VIP di dalam penjara, ia boleh diterima. Sebabnya penjara tetap penjara. Yang luar biasa bagi saya, apabila berlaku peristiwa ada banduan ‘istimewa’ yang dibenarkan keluar dari penjara.
Banduan tersebut bernama Abdullah Ang. Ia telah didedahkan oleh Akhbar Malay Mail pada tahun 1989.
Laporan akhbar Akhbar Malay Mail pada 19 Ogos 1989 yang secara eksklusif membuat pendedahan ‘berani mati’ bagaimana seorang ahli perniagaan bernama Abdullah Ang mendapat layanan ‘super VVIP’ ketika ditahan di Penjara Kajang.
Selain biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed), Abdullah juga dilihat keluar masuk Penjara Kajang mcm Penjara Kajang tu dia punya!
Untuk rekod, Abdullah Ang pernah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC) dan mempunyai ramai kenalan rapat di kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan.
Abdullah Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.
Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Abdullah telah dilihat di pusat bandar Kuala Lumpur! Abdullah ketika itu memakai kemeja-T dan seluar putih.
Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan dan jurugambar mereka untuk menjejaki banduan bernama Abdullah Ang ini. Dalam laporan Malay Mail itu juga memperlihatkan bagaimana Abdullah dengan selamba berada di kilang pakaian keluarganya. Malah tidak ada juga sebarang wadar atau pegawai penjara yang mengiringinya ketika itu.
Apa yang berlaku begitu mengejutkan rakyat Malaysia kerana bagaimana Abdullah, seorang banduan boleh dilihat keluar masuk dari penjara dan bagaimana kelengkapan selnya begitu hebat seolah-olah dalam sebuah hotel!
Namun ketika jurugambar Malay Mail sedang asyik merakamkan kelibatnya, Abdullah terperasan dan terus menutup wajahnya dengan menggunakan sehelai tuala.
Apabila kes ini diajukan kepada pegawai penjara, mereka mendakwa Abdullah terlibat dalam sebuah sistem di mana ia merupakan persediaan pra pembebasan untuk seseorang banduan dibenarkan bekerja di luar untuk membiasakan diri mereka sewaktu bebas kelak.
Namun menurut Allahyarham Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dalam tulisannya, Abdullah sebenarnya diberi keistimewaan dengan berulang alik antara penjara Kajang dan bandar raya untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan perniagaannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Pun begitu, kata ZAM di sebalik ketidakjujurannya, Abdullah Ang mempunyai perwatakan luar biasa. Dia dapat menjelmakan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kualiti yang diperlukan dalam dunia perniagaan dan perusahaan.
“Perwatakannya yang istimewa inilah membolehkannya mengadakan hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai penjara Kajang sehingga dia diberikan layanan istimewa untuk bebas keluar masuk penjara bagi menikmati suasana di luar,” ujarnya ZAM.
Apa yang pasti, keistimewaan yang dinikmati Abdullah juga adalah kerana pengaruh dan hubungan baiknya dengan pemimpin tertinggi negara.
Disebabkan kes Abdullah Ang jugalah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kepada pegawai kanan PDRM ketika itu.
Harapan kita, tiada keistimewaan seperti itu wujud lagi. Banduan boleh berada di luar melanggar sistem perundangan negara yang tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)