Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Tindakan ibu bapa ‘prank’ anak bunyi seram dikecam ramai
Baru-baru ini, tular pelbagai versi video ibu dan bapa yang mengusik atau ‘prank’ anak-anak kecil dengan rakaman suara video yang menakutkan.
Babak biasanya bermula dengan gembira apabila semua ibu bapa dan anak-anak merakamkan video bersama-sama sekeluarga.
Secara tiba-tiba, ibu bapa seterusnya dengan pantas berlari keluar dari bilik, menghempas daun pintu meninggalkan anak berseorangan dalam dalam keadaan keliru dan terpinga-pinga.
Suara ketawa mengilai yang menyeramkan ketika itu kemudiannya bergema dan reaksi anak ketika ini dirakam.
Ada yang ketakutan sehingga memanjat tombol dan menendang pintu. Ada pula yang menangis berteriakan menutup telinga dan wajah. Memang trauma!
Semua itu dilakukan kononnya mengikut trend semasa. Pada masa yang sama, ada juga yang seronok melakukannya demi meraih perhatian di media sosial dengan harapan video mereka mendapat FYP (For Your Page) tular, serta meraih beberapa ‘like’ dan ‘follower’ baru.
Public Health Malaysia dalam kenyataan di laman sosial bagaimanapun mengingatkan golongan ibu dan bapa supaya beringat dan berpada-pada dalam berhibur terutamanya melibatkan gurauan melampau sebegitu.
“Ibu bapa merupakan individu yang paling dipercayai, paling rapat dan paling penting untuk dunia kanak kanak. Apabila kepercayaan ini terhakis dan luntur akibat tindakan ‘prank’ sebegini, ia akan memberi kesan dari segi personaliti dan emosi anak anak.
“Tolong hentikan trend ini, ia ternyata tidak berbaloi dengan ‘parut emosi’ yang ditinggalkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Majoriti pengikut laman Public Health Malaysia turut senada dengan peringatan tersebut dan beranggapan ianya tidak berfaedah untuk dipraktikkan ibu bapa kepada anak masing-masing.
“Mohon pihak berkuasa ambil hak penjagaan kanak-kanak daripada ibu bapa. Ibu bapa dah gagal tunaikan hak untuk melindungi dan menjadi teladan baik untuk kanak-kanak. Sedih tapi benar,” kata Pbz Cool.
“Perangai suka menyakat ni hampir macam nak membuli. Si pelaku rasa seronok atas ‘keseksaan’ kanak-kanak yang menangis atau ketakutan. Mungkin satu hiburan atau sesuatu yang kelakar bagi mereka. Maksud saya, selagi tak jadi macam kehendak mereka tu, mereka takkan berhenti. Saya tak suka anak saya diperlakukan begitu dan kelakuan orang dewasa yang tidak patut begitu. Mereka yang mempromosi hal begini di media sosial adalah seorang yang pendek akal dan keji,” ujar Fadzil Ariff.
“Keadaan ibu bapa seperti ini adalah pembuli. Anaknya masih kecil lagi, tapi secara tak langsung dah ajar mereka untuk jadi pembuli. Esok dah besar, jangan salahkan org lain,” getus Ummi Hamzah.
-THE MALAYSIA VOICE