
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Inisiatif sekolah angkat dan kelebihannya untuk usahawan

OLEH: IFFAT SALLEH
Saya cadangkan, kalau anda sebagai usahawan ada syarikat yang mengaut keuntungan dan anda rasa terlalu kaya, tak usahlah menunjuk-nunjuk di media sosial.
Lebih baik pergi ke mana-mana sekolah berdekatan rumah. Maklumkan hasrat untuk jadikan sekolah terbabit sebagai ‘sekolah angkat’.
Nak buat projek? Beritahu sahaja berapa nak pakai. Nak buat program? Maklumkan sahaja berapa nak guna. Nak pergi lawan sukan, berapa helai jersi nak pakai?
Kalau kaya sangat, maklumkan sahajalah tiada sebarang had bajet. Kalau tak berapa kaya pula, beritahu jumlah yang anda sediakan untuk sekolah.
Kalau anda nak tahu, sekolah aliran kebangsaan (SK dan SMK) di Malaysia ni tak banyak duit pun. Tetapi, sekolah jenis kebangsaan (terutamanya Cina) kebanyakannya dah kaya-raya kerana ramai jutawan sedia menyumbang wang sebagai sekolah angkat.
Orang Melayu? ‘Sembang je kemas’ jualan berjuta-juta. Tetapi, sekolah tak mahu tolong bangunkan. Kemudian, merungut generasi masa depan bermasalah.
Apa anda boleh dapat kalau ambil sekolah angkat?
Pertama, syarikat boleh letak logo di jersi, sepanduk (banner) program dan projek yang dijalankan. Pihak sekolah dengan besar hati akan letak logo jenama syarikat anda tanpa rasa takut. Tapi jangan pula minta letak logo terlampau besar. Kecil-kecil pun dah memadai, asalkan ada.
Kedua, segala wang yang disumbangkan kepada sekolah boleh dijadikan tuntutan (claim) sebagai perbelanjaan pemasaran syarikat dan boleh juga tolak cukai.
Ketiga, secara tidak langsung jenama, syarikat dan diri anda sendiri akan lebih dikenali di kawasan sekitar.
Kalau betul-betul kaya, cubalah gunakan duit itu untuk membantu sekolah dan generasi masa depan.
Setakat guna untuk menunjuk-nunjuk (show off) tak payah lah. Meluat aku tengok.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)