JUST IN

Gangguan bekalan air: Jangan sekadar kecam, sebaliknya cuba faham

by | Aug 11, 2022 | NATIONAL, NEWS | 0 comments

Berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, pihak Air Selangor memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) akan dihentikan sementara operasi bermula jam 4:30 pagi tadi.

Punca pencemaran tersebut dikesan berpunca akibat kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur, semalam.

“Berikutan henti tugas tidak berjadual LRA Langat 2 ini, para pengguna di sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor iaitu Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air bermula pada jam 10:00 pagi, 11 Ogos 2022.

“LRA Langat 2 dijangka akan mula beroperasi semula pada jam 3:30 petang, 11 Ogos 2022 bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan. Bekalan air terawat dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” jelas Air Selangor dalam satu kenyataan, hari ini.

Walau bagaimanapun, berita tersebut nyata tidak disenangi ramai pihak yang beranggapan pihak Air Selangor seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada insiden gangguan bekalan air terdahulu kerana lambat menyampaikan maklumat.

“Aduh, sampai pukul berapa ni? Pukul 10 nak tutup bekalan. 9.50 baru umum. Serupa tak payah beritahu. 10 minit sempat buat apa Air Selangor?” kata salah seorang yang mengecam, Kukkuh Kuku Besii.

Tetapi, sebaliknya ramai pihak pula yang menuntut supaya pengkritik-pengkritik lebih celik dalam menerima informasi dan bukan sekadar mengecam membabi buta.

“Nanti ada pula golongan ‘otak sempit’ kata masalah air dan Selangor berpisah tiada. Walhal, bukan sebab tak ada air. Cuma berlaku pencemaran. Mestilah kena dibersihkan,” ujar Norliza Kamarul Zaman.

“Semoga Allah permudahkan urusan dan cepat diselesaikan. Yang merungut tu, rajin-rajinlah baca, puncanya kemalangan. Nak ke air bau minyak sampai ke rumah tuan puan kalau bekalan tak ditutup?” soal Endah Wigati.

“Terima kasih suami, Muhammad Akram atas pengorbanan. Dua hari dah tak balik rumah demi menjaga keperluan air buat rakyat jelata. Jangan seronok mengecam sahaja ye. Yang bertungkus lumus ni, tinggalkan anak keluarga di rumah,” kata Nadia Abdul Hamid.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES