JUST IN

Elyana kembali tidak berhijab undang kecewa peminat

by | Aug 10, 2022 | THE GRAPEVINE | 0 comments

Pelantun lagu Niat yang popular sekitar awal tahun 2000, Erneelya Elyana Emrizal yang lebih dikenali sebagai Elyana, baru-baru ini tampil mengejutkan peminat-peminatnya dengan imej terbaharu tanpa mengenakan hijab melalui satu hantaran gambar di laman sosialnya.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan kontroversi berikutan penampilannya yang ayu berhijab selama beberapa tahun yang lalu mula disenangi ramai. Lantas, ramai yang tertanya-tanya sama ada adakah foto tersebut sememangnya foto simpanan lama peribadi, atau memang benar dirinya yang baharu?

Secara kebetulan dan tampil menjawab persoalan, penyanyi yang juga dikenali melalui lakonan siri televisyen Dunia Baru ini telah hadir ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 dengan penampilan tanpa bertudung. Ya, benarlah Elyana kini kembali ke imejnya yang terdahulu.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (warganet) tidak ingin penjelasan daripada saya. Bila saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

“Jadi, demi menjaga jiwa dan persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami,” katanya enggan mengulas lanjut ketika ditemu bual.

Namun, bagi peminat-peminat yang telah lama mengikuti perkembangan karier Elyana, rata-ratanya menzahirkan rasa kecewa berikutan imejnya sebelum ini dianggap lebih baik. Lebih-lebih lagi, mereka turut setia menyokongnya ketika tempoh sukarnya melawan penyakit kanser limfoma.

“Saat awak sakit, awak perlukan doa daripada orang lain. Awak juga cantik berhijab dan Allah beri peluang sebaiknya untuk awak sembuh. Tapi bila diberi peluang, awak tak menghargai.

“Awak anggap orang lain tak faham awak. Sedangkan doa-doa daripada mereka juga, Allah izinkan untuk awak sembuh. Sebenarnya apa yang awak nak dalam hidup awak, apa yang awak cari? Kenapa salahkan orang lain, sedangkan mereka hanya menasihati?” kata Tengku Ros Elyza Raja Muhammad.

“Dulu bertudung sebab buat kemoterapi, rambut gugur agaknya ya? Bila rambut dah lebat, rasa tak perlu la tudung tu ye tak? Jangan sampai kena kemoterapi balik, baru nak tutup aurat. Hidayah itu milik Allah. Jangan lupa waktu menangis minta Allah bagi sihat dulu. Semoga diberi taufik dan hidayah buatmu,” tulis Aisha Shukor.

 “Tengok berita tentang Elyana ni risau pula. Kanser ni ada yang datang balik, selalu tak lama. Kita doalah baik-baik. Harap-harap betul sihat. Amin. Jaga pemakanan, jangan seronok sangat,” ulas Missess Chinta.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES