Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
ACE Malaysia Squash Cup 2024 Launches with Record Malaysian Participation
Diverse Achievements Celebrated in 11th Propertyguru Asia Awards Malaysia in Partnership with iProperty
Rapid KL to Migrate My50 Unlimited Ride Pass from MyKad to Alternative Payment Methods, Including TNG Cards
NGV vehicles to be phased out by next year
Restoration needed for old Kuala Lumpur
Generali dan UNDP Mengumumkan VSure Tech sebagai Pemenang “Dana Cabaran Inovasi Insurans”
Stop all politicisation of education
A toned down and muted Diwali
KLTA to Embrace ASEAN Chairmanship and VMY2026 with Exciting Events and Programs
Tak logik hentikan generasi merokok jika produknya tetap dijual di pasaran
OLEH: EDDY BRONKO
Rang Undang-Undang (RUU) kawalan merokok untuk dasar generasi penamat (GEG) memperuntuk larangan kepada generasi yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya untuk memiliki atau membeli rokok dan vape.
Baru hari ini saya nak ulas. Lihat tajuk di atas, dengar sedap kan? Benda baik ini memang harus kita sokong. Sebab bagus untuk hentikan generasi muda dari menghisap rokok.
Tapi yang menjadi persoalan, kenapa larangan ini perlu dipilih-pilih? Kenapa tak diharamkan terus rokok ni? Dilarangnya merokok, tapi rokok masih dijual. Larangan untuk tahun 2007 dan seterusnya pula tu. Saya tadi baru ada perancangan nak berhenti merokok, langsung batalkan niat.
Yang kedua, selepas RUU ini dibentangkan, bukan main banyak seksyen mengarut dan tak masuk akal akan timbul.
Antaranya, bagi kuasa yang berlebihan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menggeledah masuk rumah, geledah beg, hentikan kenderaan serta geledah serta sita tanpa waran, boleh rampas dan buka telefon bimbit atau komputer riba tanpa perlu persetujuan, mengakses data peribadi dan data komputer serta kompaun tinggi. Anda rasa?
Apabila undang-undang terlampau ketat dan tidak dilaksana dengan baik, sangat berpotensi untuk disalah guna. Tak mustahil akan wujudnya rasuah. ‘Kawtim’!
Ketiga, keluar pula rancangan untuk wujudkan satu aplikasi Tobacco, Track & Trace (TTT). Dengar kata, ada dua syarikat terlibat. RUU belum lulus, tetapi usul dah siap dan dah dihantar ke Putrajaya? Macam mana rakyat nak pastikan bahawa dua buah syarikat ini bukan milik kroni mereka yang terlibat?
Ambil iktibar, dulu MySejahtera bayar berjuta-juta untuk satu aplikasi yang banyak kelemahan berbanding kelebihan. Nak buat aplikasi baru lagi? Cukuplah sekali dibagi ‘tikus baiki labu’. Bahananya juga nanti libatkan duit pembayar cukai.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)