JUST IN

Noh, Mizz Nina tidak lagi berstatus suami isteri

by | Aug 5, 2022 | THE GRAPEVINE | 0 comments

Desas desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina akhirnya terjawab setelah masing-masing mengumumkan mereka kini tidak lagi bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Semalam, kedua-dua pasangan tersebut telah memuat naik hantaran yang sama di laman sosial masing-masing bagi menjelaskan khabar angin yang bertiup kencang mengenai keretakan rumah tangga mereka sejak beberapa minggu yang lalu.

“Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik.

“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.

“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” tulis Noh.

Terdahulu, beberapa akhbar tempatan melaporkan pasangan tersebut telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, pada Rabu lalu.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES