Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Exploring the Legacy of Shahnameh: A Cultural Exhibition in Malaysia
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Bell Ngasri, Sheikh Muszaphar dinobat personaliti industri pilihan di APIUM 2022
Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2022 yang baru sahaja melabuhkan tirai baru-baru ini menyaksikan dua ikon personaliti industri, Nasrizal Ngasri dan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerima anugerah khas berikutan kecemerlangan yang dilakar di dalam industri masing-masing.
Nasrizal yang lebih dikenali sebagai Bell Ngasri dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Aktor Versatil Pilihan Malaysia 2022 berdasarkan sumbangannya yang tetap komited dan relevan di dalam industri hiburan tempatan selama lebih 30 tahun.
“Untuk berdiri dan bersama-sama dengan penerima anugerah yang lain di sini, saya merasakan seolah-olah diri terlalu kerdil. Sudah lah saya memang kerdil (ketawa). Apa pun, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih atas penghargaan ini. Saya takkan pernah berhenti. Selagi anda (peminat-peminat) masih ingat dan mahukan saya di dalam industri ini, insya-Allah akan saya teruskan sampai bila-bila,” ujar pelakon dan pelawak yang sinonim dengan watak bernama Barkoba ini.
Bell telah memulakan karier lakonannya sejak kecil, iaitu sekitar awal 1990-an dan membintangi ratusan filem, drama, telefilem dan program televisyen di Malaysia. Satu-satunya pengiktirafan yang pernah dimenangi anak kepada pasangan Habibah Jaafar dan Ngasri Sain ini ialah Aktor Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 1998.
Sementara itu, personaliti industri sains dan aeroangkasa negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar pula telah dianugerahkan gelaran Ikon Patriot Malaysia 2022 berikutan pencapaiannya yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia pada tahun 2007 apabila dipilih sebagai angkasawan pertama Malaysia dan antara 11 individu Muslim di dunia yang berjaya melaksanakan misi di angkasa lepas.
Pakar Ortopedik dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga diiktiraf berdasarkan personalitinya yang mencetuskan fenomena dan menyuntik inspirasi kepada banyak pihak untuk menjejak impian yang difikirkan sukar untuk digapai.
Beliau yang juga merupakan pengasas syarikat Afyaa Sdn Bhd, turut menerima satu lagi anugerah keusahawanan dalam majlis yang sama bagi kategori Kepimpinan Industri – Perniagaan Baharu.
Penerima-penerima anugerah yang lain termasuklah Viks Properties Sdn Bhd; Little Caliphs International Sdn Bhd; Rimba Warisan Sdn Bhd; Zazira Movers; Griffin Solution PLT; Ezz Eminence Sdn Bhd; Legasi Bumi Sejagat Sdn Bhd; Jazro Robotic Academy; Konsep Menoa Sdn Bhd; Aftech Group Sdn Bhd; CSME Consortium; My Ascensor Technology Sdn Bhd; Neurokhalifah Group Sdn Bhd; AR Tarbus Resources; NM Cosmex Ventures; Westreet Resources Sdn Bhd; Haavin Services (M) Sdn Bhd; Reburqa Global Resources; iOli Communications Sdn Bhd; Lembayung Pest Control; Dean Pro Agency; Traffic Engineering Sdn Bhd; Salon Muslimah Farah; Laila Ideas Master Resources; Faez Food Industries; Rich Legacy Resources; SLC Logistic & Distribution Sdn Bhd dan Dato’ Dr. Jasvinder Singh.
Selain itu, MISG Global Holding Sdn Bhd; D&D Beauty House; Abadi Trading; Team Some Sdn Bhd; Icon Capital Property Sdn Bhd; DFZ Agency Sdn Bhd; Instant Exposition Services Sdn Bhd; Ali Group Holdings Sdn Bhd; Warisan Maju Empire Sdn Bhd; Everfresh Agriculture (M) Sdn Bhd; Ochee Purnama; Training Valley (M) Sdn Bhd; Little Tots Excel Sdn Bhd; Merich Empire; Al Ansar Travel & Tours (M) Sdn Bhd; Jizanly Exclusive Sdn Bhd; LH Champion Group; Rich Moment Photo Sdn Bhd; NKSB Trading PLT; JPS Global Logistics; S Radiana Food Sdn Bhd; Fitness Champ Enterprise; Malayan Local Product Sdn Bhd; Dyra Beauty & Spa; Greenleaf Food & Beverages Sdn Bhd dan Krista Education Sdn Bhd antara yang juga diiktiraf.
Artis jemputan: Ewal Ismail, Aziz Harun dan Suki Low tampil dengan persembahan nyanyian memukau
Anugerah telah disampaikan oleh tetamu diraja; Tunku Hajah Mariam Zaharah binti Almarhum Sultan Iskandar (adinda kepada Sultan Johor dan Raja Permaisuri Agong) serta tetamu kehormat; Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Aziz bin Haji Zainal (bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia).
– THE MALAYSIA VOICE