JUST IN
Insap explores the potential of BRICS
Exporting renewable energy to Singapore
Emotional intelligence and emotional maturity
Sushi Sebenarnya Berasal Dari China?
MIDA and Chery Automotive Supply Chain Programme driving benefits for Malaysian vendors in China
Malaysian with Cerebral Palsy Inspires Through Marathon Feats in Taiwan
Solitario Expands Global Presence with New Lab-grown Store in Kuala Lumpur, Enters Malaysia Market
Messi jadi penanda aras kejayaan yang mahu diraih Mbappe
Sultan of Selangor wants all deviant teachings to stop
Keputusan mahkamah lepaskan Yasin dari hukuman gantung jadi perdebatan
Mahkamat Majistret Petaling Jaya yang bersidang pada hari ini telah melepas tanpa membebaskan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.
Yasin bagaimanapun dituduh atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya kepada pemberita.
Namun, keputusan mahkamah tersebut menjadi perdebatan hinggakan ramai pihak tampil menyokong dan juga menentangnya.
“Tahniah, Yasin. Tetapi realitinya Malaysia mempunyai badan kehakiman yang terlalu berat sebelah,” kata Alz Alz.
“Syukurlah. Dia (Yasin) bukannya hisap dan edar (ganja). Dia hanya buat minyak untuk rawat penyakitnya. Minyak ini memang dah popular sekarang di negara luar dan Malaysia untuk perubatan. Dia juga bukan penagih dadah. Ganja adalah tumbuhan perubatan,” tulis Mata Merah.
“Malaysia, orang berpengaruh ada nama, ada kedudukan boleh lepas. Tapi kalau rakyat biasa yang tak ada apa-apa, mendapat lah,” ujar Fakhrul Kashfi Subdin.
“Pertama sekali, alhamdulillah. Tapi kena ingat, Majlis Kehakiman biar adil untuk orang lain jika kena kes-kes yang sama. Penat-penat polis buat kerja, senang-senang sahaja hukuman diringankan. Kalau susah, mansuhkan sahaja kes-kes ganja. Hanya penjara seumur hidup, tak perlu hukuman mati,” jelas Fahmi Yasin.
-THE MALAYSIA VOICE