JUST IN

Masyarakat kita dan jenaka lucah yang tak kelakar

by | Jun 19, 2022 | Opinions | 0 comments

OLEH: AFFAN ZAHARI

Hajat di hati nak susun semula konten penulisan untuk mula aktif kembali menulis di akaun ini. Tapi ada sahaja isu-isu bodoh yang timbul, setakat ini berjaya lagi tahan nafsu dari menulis.

Cuma untuk isu ini nak tulis jugalah, rasa tahap kebodohan mereka yang terlibat ini berada di tahap tertinggi.

Saya tak perasan pula yang beri hadiah secara terbuka di majlis kahwin ini satu budaya sekarang. Saya lagi tak tahu menahu yang budaya dan amalan beri hadiah kondom ini satu trend jenaka.

Siapa yang mulakan budaya ini sangat tak bijak, yang teruskan pun sama tak bijak.

Kepada si pengantin perempuan itu, inilah dia rakan-rakan suami anda. Mereka sedikit sebanyak memberi gambaran siapa suami anda.

Tidak ada hormat pada majlis, dan juga kepada pengantin suami dan isteri. Lebih parah si suami yang pergi ‘upload’ video ini ke media sosial.  Kata budak-budak Twitter, ini semua ‘red flag’ yang teramat jelas.

Kalau si pengantin perempuan itu saudara mara saya, memang hari yang saya akan berpesan kepada dia yang fikirlah 1001 kali tentang si suami dan rakan-rakan dia ini.

Melainkan si pengantin perempuan pun tak ksiah dan ini jenis lelaki yang dia berkenan, tak mengapalah.

Semoga bahagia ke anak cucu dan moga si suami berubahlah dari berperangai macam ini.

Teringat pula ke perkongsian Cikgu Mohd Fadhli di sebuah majlis akad nikah. Si suami yang jelas nyatakan hasrat, tak sabar nak ‘bersama’ dengan isteri di depan tetamu dan orang ramai.

Sebab itu sifat malu ini penting. Saat hilang sifat malu ini maka macam-macam perangai keluar.

Moga anak-anak lelaki kita semua tidak membesar dan jadi seperti lelaki-lelaki sebegini. Moga anak-anak perempuan kita semua tidak bertemu jodoh dengan lelaki-lelaki sebegini.

Pelik-pelik perangai masyarakat kita ini kadang. Nauzubillahiminzallik.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES