
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Tertuduh dibebaskan, misteri kes bunuh CEO Cradle Fund masih belum terjawab

iBilik to set new rental standards with iBilikPreferred

AMDA College of the Performing Arts launches online Bachelor of Fine Arts (BFA) Degrees in Acting and Music Theatre

Masyarakat kita dan jenaka lucah yang tak kelakar

Adibah Noor meninggal dunia akibat kanser

MRT Kuala Lumpur-Putrajaya tetap gagal, LRT sudah mencukupi

Malaysia garang benam Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia 2023

Malaysia turut sekat filem animasi Lightyear susulan kontroversi unsur LGBT

Midea lancar robot pintar Xiaowei untuk manfaat golongan berkeluarga
Anwar tak akan jadi PM selagi Mahathir masih ada

OLEH: MAT DANGER
Kenyataan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas di Free Malaysia Today baru-baru ini sebenarnya adalah jawapan kenapa Anwar masih tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Menurut Tommy, beliau kasihan tentang nasib Anwar dipenjarakan pada tahun 1998, tetapi tidak bermakna 24 tahun kemudian pada tahun 2022, beliau ada hak automatik jadi Perdana Menteri.

Menurut Tommy lagi, Anwar dipenjarakan kerana Mahathir merasa terancam dan menggunakan mahkamah untuk menyekatnya.
Jadi dalam cerita tentang ‘khemah besar’ dalam berdepan dengan Barisan Nasional dalam PRU15 akan datang, Mahathir memberi amaran agar tidak ada Anwar dalam kumpulan itu.
Dalam satu kenyataan, Dr Mahathir telah menyalahkan Anwar kerana menjadi punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semasa Langkah Sheraton pada tahun 2020.
Katanya, beliau melepaskan jawatan kerana Anwar mendapat 92 undi, dan dirinya cuma 62 undi, sekaligus undi Pakatan Harapan terbelah dua.
Bagaimanapun, memang bukan rahsia lagi yang Mahathir akan sedaya upaya untuk menghalang Anwar untuk menjadi PM.
Sekarang ini ramai dalam pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, sudah berpecah dua – antara mahu bersatu dengan Mahathir, atau kekal setia dengan Anwar.
Dan kita semua tahu dalam PKR sendiri pun semakin ramai dah angkat kaki meninggalkan Anwar, apatah lagi komponen parti lain dalam Pakatan Harapan.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)