
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Tertuduh dibebaskan, misteri kes bunuh CEO Cradle Fund masih belum terjawab

iBilik to set new rental standards with iBilikPreferred

AMDA College of the Performing Arts launches online Bachelor of Fine Arts (BFA) Degrees in Acting and Music Theatre

Masyarakat kita dan jenaka lucah yang tak kelakar

Adibah Noor meninggal dunia akibat kanser

MRT Kuala Lumpur-Putrajaya tetap gagal, LRT sudah mencukupi

Anwar tak akan jadi PM selagi Mahathir masih ada

Malaysia garang benam Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia 2023

Midea lancar robot pintar Xiaowei untuk manfaat golongan berkeluarga
Malaysia turut sekat filem animasi Lightyear susulan kontroversi unsur LGBT

Peminat-peminat filem animasi Lightyear di Malaysia menzahirkan kekecewaan masing-masing setelah filem tersebut yang sepatutnya ditayangkan pada Khamis (16 Jun) ini secara ‘tiba-tiba’ tidak akan ditayangkan.
“Saya dah rancang nak tengok dengan anak-anak. Tapi, tahu-tahu je dah kena ‘banned’ pula. Apa cerita ni? Kartun je pun. Jadi masalah juga ke?” soal Catherine Poh.
“Agak dah benda ni nak jadi. Kecewa sungguh rasa. Sepatutnya, Lembaga Penapisan Filem (LPF) buat lah kerja awal-awal. Kalau dah lulus nanti lepas tapis, nak tengok pun dah takde ‘feel’ sebab banyak ‘spoiler’ bocor. Tak munasabah langsung lah,” kata Mat Noorizan.
Beberapa sumber tempatan memaklumkan bahawa filem Lightyear tidak akan masuk senarai di pawagam Malaysia disebabkan mempunyai unsur-unsur pelaku lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam filem tersebut.
Difahamkan terdapat babak sensitif dari filem animasi keluaran Disney itu menampilkan ciuman antara watak jantina yang sama iaitu seorang kawan wanita Buzz Lightyear (Alisha Hawthorne) mencium isterinya.

Selain Malaysia, antara 14 negara lain yang turut menyekat filem Lightyear ialah Bahrain, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Wilayah Palestin, Qatar, Arab Saudi dan Syria.
-THE MALAYSIA VOICE