JUST IN

Pembangkang: Perkenal semula GST akan buat rakyat tertekan

by | Jun 2, 2022 | NATIONAL, NEWS | 0 comments

Pakatan Harapan menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksana semula sistem percukaian barangan dan perkhidmatan (GST).

Majlis Presiden Pakatan Harapan yang ditunjang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Anthony Loke Siew Fook dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, dalam keadaan inflasi yang semakin tinggi, rakyat sangat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup serta pendapatan isi rumah yang berkurangan akibat pandemik Covid-19.

“Pengenalan semula GST bakal mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak. Jika ditambah dengan masalah rantaian bekalan serta gaji yang tidak meningkat, rakyat akan menerima tekanan yang amat dahsyat.

“Pada ketika persepsi tatakelola serta urus tadbir kerajaan belum pulih akibat skandal 1MDB, tatkala Malaysia berada di kedudukan ke-62 dalam indeks persepsi rasuah Transparency International serta kedudukan ke-2 dalam indeks kapitalisme kroni The Economist, adalah tidak munasabah kerajaan bercadang untuk mengutip lebih banyak cukai dari rakyat tanpa membuktikan dahulu reformasi dan penambahbaikan urus tadbir kerajaan telah berjaya dilaksana,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, tiada guna mengutip lebih banyak cukai jika akhirnya nanti duit rakyat dibazirkan akibat rasuah, ketirisan dan kronisme.

“Perdana Menteri juga perlu diingatkan bahawa majoriti rakyat Malaysia telah menolak GST dalam pilihan raya yang lalu.

“Oleh itu, Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan memperkenal semula cukai GST selagi pelbagai isu ini terus membelenggu rakyat,” katanya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES