JUST IN

KPPK kekal komited laksanakan Dasar Biofuel Nasional

by | Jun 2, 2022 | Business, LOCAL | 0 comments

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memberi jaminan akan memperhalusi cadangan yang diutarakan oleh Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA), mengenai mandat biodiesel yang sedia ada.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, KPKK juga mengambil maklum mengenai penjelasan mengapa Malaysia tidak seharusnya mengurang atau menghentikan mandat biodieselnya kerana industri biodiesel menggunakan tidak sampai 1 juta tan minyak sawit setiap tahun berbanding lebih 40 juta tan yang digunakan di seluruh dunia.

“MBA juga telah menyuarakan pandangan bahawa jika bahan api bio yang diperoleh daripada minyak sayuran diharamkan, ia akan membawa impak besar ke atas pasaran minyak sayuran global.

“Kebimbangan ini disuarakan ekoran pandangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sehari sebelumnya pada 25 April lalu bahawa kedua-dua negara pengeksport dan pengimport minyak sawit harus mempertimbangkan semula keutamaan makanan berbanding bahan api untuk sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zuraida memaklumkan, kementeriannya mengulangi ketetapan di bawah Dasar Biofuel Nasional (NBP) Malaysia yang telah dilancarkan pada Mac 2006.

“Kami kekal komited untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45% daripada KDNK menjelang 2030, memperluaskan penggunaan produk minyak sawit hiliran bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa sawit melalui mekanisme kawalan harga pasaran minyak sawit dan embantu mengurangkan pergantungan negara kepada bahan api fosil sebagai salah satu inisiatif keselamatan tenaga,” jelasnya.

Menurutnya lagi, KPPK mengalu-alukan semua kritikan atau pandangan membina yang membolehkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak kerajaan dan pemain industri bagi mencapai penyelesaian menang-menang.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES