
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Tertuduh dibebaskan, misteri kes bunuh CEO Cradle Fund masih belum terjawab

iBilik to set new rental standards with iBilikPreferred

AMDA College of the Performing Arts launches online Bachelor of Fine Arts (BFA) Degrees in Acting and Music Theatre

Masyarakat kita dan jenaka lucah yang tak kelakar

Adibah Noor meninggal dunia akibat kanser

MRT Kuala Lumpur-Putrajaya tetap gagal, LRT sudah mencukupi

Anwar tak akan jadi PM selagi Mahathir masih ada

Malaysia garang benam Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia 2023

Malaysia turut sekat filem animasi Lightyear susulan kontroversi unsur LGBT
Kes fitnah keganasan rumah tangga, Johnny Depp menang!

OLEH: HAMKA KERETA MAYAT
Alkisahnya, Johnny Depp jatuh cinta kepada Amber Heard sewaktu berlakon dalam The Rum Diaries pada 2011. Selepas itu, mereka berkahwin di sebuah pulau peribadi yang terletak di Bahamas.
15 bulan sebagai suami isteri, tiba-tiba Amber memfailkan tuntutan penceraian kerana wujud perbezaan persefahaman antara mereka berdua.
Malah, empat hari lepas itu, hakim mengeluarkan arahan penahanan sementara untuk Johnny atas dakwaan keganasan rumah tangga.
Kesan saman daripada isteri, Johnny tak dapat beberapa tawaran lakonan. Malah kerja lakonannya yang sedang berjalan, juga ada yang dibatalkan serta-merta.
Warganet pun kecam Johnny sebagai kaki pukul bini, dan macam-macam lah.
Selepas tiga tahun kena kecam dengan warganet, dan banyak kerja dibatalkan, maka Johnny telah memfailkan saman malu dan fitnah terhadap bekas isterinya sebanyak 50 juta USD pada 2019.
Amber kemudiannya menunjukan gambar dirinya cedera dipukul tetapi pihak polis LAPD tidak menemui sebarang bukti.
Sebaliknya, Johnny ada bukti rakaman audio yang mengandungi rakaman suara Amber. Dan ‘plot twist’ berlaku, Amber pula kaki pukul.
Kata Johnny, Amber sering memukulnya dan pernah membaling botol ke arah muka Johnny sampai lebam.
Malah, Amber juga pernah mencucuh rokok di bahagian pipi bekas suaminya selain turut menyebabkan jari tengah Johnny sampai putus sedikit di bahagian hujung (dakwanya dibaling botol kaca, terkena hujung jari).
Selain itu, Johnny ada bukti ‘video panas’ isterinya curang bersama dua selebriti yang terkenal iatu Elon Musk dan juga pelakon James Fraco.
Masuk mahkamah, ada kaset audio perbualan Johnny dengan Amber yang kedengaran jelas Amber mengakui bahawa dirinya ada memukul Johnny di muka.
Maka ‘kantoi’ sudah. Ringkas cerita, akhirnya Johnny Depp menang saman ke atas bekas isterinya, Amber Heard dan menerima ganti rugi mencecah lebih RM60 juta (USD 15 juta).
Amber pula dalam kenyataan menyatakan dia patah hati dan sangat kecewa dengan keputusan tersebut.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)