JUST IN

Apa gunanya gaji mewah main bola, tapi dikurung di dalam ‘sangkar’

by | May 25, 2022 | Opinions, Sports | 0 comments

OLEH: MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Dua pemain yang dikatakan lagenda yang telah berhijrah ke Sabah itu memang bagus permainan mereka, tetapi gaji mereka berdua boleh digunakan untuk membayar 5 orang pemain baru yang tidak kurang hebatnya.

Dalam keadaan pasukan yang baru saja berhempas pulas menyelesaikan hutang piutang lama berjumlah lebih 20 juta, faktor gaji pemain dan pembiayaan pasukan bola tentulah menjadi perhatian utama pada musim baru.

Kita tidak boleh berbelanja lebih daripada kemampuan kita, gara-gara ‘setting’ orang kaya di pasukan lain yang mengiurkan semua pemain, sehingga kerajaan terpaksa campur tangan memberikan kawasan balak dan kuari untuk membiayai bola sepak.

Negeri Kedah akhirnya berjaya mengimbangi keperluan membantu rakyat yang rata-rata masih miskin di samping membantu pasukan bola sepak yang membawa nama Kedah di kancah MFL dan Piala Malaysia.

Kedah bukan pasukan ‘super kaya’ yang harus tunduk sahaja kepada gaya gaji elit yang ‘diset’ oleh pihak lain yang berkemampuan membeli pemain terbaik pasukan lain untuk dikurung dalam sangkar mereka.

‘Setting’ gaji super elit itu menyebabkan banyak pasukan yang bersaing menghadapi masalah kewangan yang turut mengheret kerajaan negeri masing-masing dalam kancah kemelut gaji pemain bola sepak.

Boleh lihat apa yang sedang terjadi dengan pasukan ‘seladang’, yang berjiran dengan Kedah. Banyak lagi pasukan lain juga sedang bergelut dengan isu kewangan.

Hal inilah yang meruntuhkan industri bola sepak tetapi disangkakan satu sumbangan besar. Alangkah peliknya. Sumbangan besar apa? Kepada siapa?

Sabah berkemampuan menawarkan pendapatan dan pengalaman yang lebih kepada mereka selain memilih berada di bawah kendalian jurulatih yang mereka gemari.

Pertemuan-pertemuan jurulatih dengan pemain dan orang lain sebelum perpindahan itu berlaku pun orang Kedah tahu, tapi itu hak mutlak sebagai pemain dan jurulatih yang menjadi lumrah dalam dunia bola sepak.

Namun mendakwa mereka berdua itu berpindah kerana ‘benci atau marah’ dengan seorang orang Kedah tentulah sukar dibuktikan.

Kami tahu apa yang terbaik untuk kami, ikut kemampuan kami. Kamu jaga pasukan kamu, kami jaga pasukan kami, kita berentap saja di padang dengan pengadil yang adil dan saksama. Jangan tambah masa sampai 20 minit pula sudah lah.

Satu lagi nak tanya… ‘pen drive’ lama tu ‘hang pi taroh tang mana’?

-THE MALAYSIA VOICE

**Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES