JUST IN

De Gea laung komitmen dan amaran buat pemain Man United

by | May 23, 2022 | Sports | 0 comments

OLEH: AXELLO TACTS

David De Gea ada mesej yang agak keras kepada mana mana pemain Manchester United yang mahu angkat kaki.

Dia menyatakan bahawa, sesiapa sahaja yang mahu pergi, ‘silalah berambus’. Tiada siapa yang menghalang.

Kenyataan itu mirip kepada kenyataan Rangnick sebelum ini bahawa kelab harus mengubah polisi agar tidak memujuk pemain yang mahu pergi kecuali keadaan mendesak.

Menurut Rangnick kelab sebesar United seharusnya tidak merayu para pemain yang tidak ada hati mahu bermain untuk mereka.

Kelab besar seperti United sepatutnya menjadi kelab yang dibanggakan oleh pemainnya. Bukannya mahu meninggalkan mereka.

Keadaan mendesak yang dimaksudkan pula, contohnya situasi Lingard. Di mana mereka terpaksa menghalang Lingard berpindah kerana kekurangan penyerang selepas pemergian Martial dan juga kegagalan kelab mendapatkan pemain baharu.

De Gea mengakui dia agak kecewa pada musim ini dan mahu melupakannya.

Manchester United gagal mara ke UCL dan kalah dalam aksi terakhir EPL menentang Crystal Palace. Lebih perit apabila gol tersebut hasil jaringan bekas pemain mereka, Wilfried Zaha.

Mujur West Ham turut kalah dalam satu lagi perlawanan untuk membolehkan Man United sekurang kurangnya beraksi di piala kasta kedua Eropah iaitu Liga Europa.

Beberapa pemain sudah memberikan bayangan bahawa mereka mahu pergi dari Man United.

Antaranya seperti Paul Pogba yang dikaitkan dengan perpindahan semula ke Juventus.

Walaupun ada beberapa nama yang masih tidak memberikan komitmen kepada kelab, De Gea pula sudah menyatakan ikrarnya untuk kekal.

Dia berkata: “Saya nak lupakan musim ini dan bersedia 100% untuk musim hadapan.”

“Ianya musim yang sangat teruk [pada musim ini].”

“Kepada yang nak kekal, kamu kekal di kelab ini. Kepada mereka yang nak pergi keluar, berambus sahaja!”

Manchester United akan diuruskan oleh Erik Ten Hag yang akan terus mengambil alih daripada Ralf Rangnick yang sudah tamat tempoh menjadi interim.

Rangnick akan menjadi penasihat pembangunan kelab. Dan dia juga akan bertindak selaku pengurus pasukan kebangsaan Austria.

Rangnick akan masih menjadi watak penting dalam membantu Erik Ten Hag membina pasukannya.

Ten Hag dikatakan tidak akan mengambil cuti beliau, sebaliknya akan terus bekerja dengan segera. Dia turut berada di Selhurst Park untuk menyaksikan aksi pasukan Man United.

Man United akan kehilangan beberapa pemain senior pada musim hadapan termasuk Edinson Cavani, Juan Mata dan Nemanja Matic.

Jesse Lingard juga akan meninggalkan kelab. Dan pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham.

Lingard antara nama yang dikatakan kecewa kerana gagal berpindah pada pertengahan musim ini selain daripada Dean Henderson.

Malah pada pertengahan musim, dilaporkan lebih 10 orang pemain United mempertimbangkan untuk pergi ke kelab lain.

Anthony Martial antara yang mendesak perpindahan ke Sevilla secara terbuka. Ianya membuatkan United tidak dapat melepaskan Jesse Lingard. Ditambah dengan masalah Mason Greenwood yang ada kes polis.

Ianya musim yang sangat sukar buat Man United. Di mana mereka hanya menang 16 kali dan kalah 12 kali. United hanya mengutip 58 mata. 35 bezanya daripada juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Ten Hag sudah menyediakan beberapa senarai pemain yang dimahukannya untuk dibawa masuk bagi menguatkan Manchester United.

Apa yang pasti pengurus itu juga perlu menyelesaikan isu bilik persalinan United. Di mana pada ketika ini ianya tidak berada dalam tahap terbaik. Ada beberapa isu harus diselesaikan.

** Axello merupakan penulis dan pengulas sukan bebas tempatan

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES