JUST IN

Ruventhiran, Shahrul Nizam Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya

by | May 20, 2022 | Sports | 0 comments

Dua pemain, V. Ruventhiran dari PJ City FC dan Shahrul Nizam Ros Hasni dari Terengganu FC telah dipanggil melapor diri ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, hari ini.

Ruventhiran, 21, akan menggantikan tempat pemain Negeri Sembilan FC, Khair Jefri Jones yang terpaksa digugurkan selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan Liga Super 2022 bertemu Kedah Darul Aman FC pada Selasa, 17 Mei 2022.

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, Arif Fadzilah Abu Bakar dari Terengganu FC sepatutnya yang menjadi pengganti kepada Khair jika berdasarkan Senarai Bersedia yang dikeluarkan sebelum ini.

“Namun dia juga disahkan sedang mengalami kecederaan dan atas sebab itu, saya memilih untuk memanggil Ruventhiran.

“Sementara panggilan buat Shahrul Nizam, 24, pula adalah kerana saya ingin melengkapkan senarai pemain yang dipanggil kali ini daripada 29 pemain kepada 30 pemain dan pada masa sama dapat mengambil kesempatan tersebut untuk menguji dan menilai kemampuan pemain pertahanan Terengganu FC itu,” katanya dalam satu kenyataan.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES