JUST IN

AJL36 tutup tirai, Yonnyboi curi tumpuan

by | Mar 8, 2022 | Opinions, THE GRAPEVINE | 0 comments

OLEH: KHIR RAHMAN

Yonnyboii – antara imej terkuat yang ada di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 36, baru-baru ini. Sayang sekali persembahan vokalnya agak terganggu.

Yonnyboii antara penyanyi baru yang berjaya melahirkan kemarahan dan rintihan melalui sebuah melodi yang enak didengar.

Sekalipun ‘chord progression’ berulang, namun magis secara keseluruhan lagu sebenarnya tak semua komposer boleh ‘bikin’. Malah, tak semua komposer mampu nampak seninya.

Walau bagaimanapun, AJL36 boleh dianggap antara penganjuran yang terbaik. Kemenangan SOG dan Shila Amzah boleh dibaca. Sebab memang ‘best’ dan ‘style’. Liriknya juga ‘sesuatu’.

AJL36 tidak melebih-lebih dalam banyak hal. Noir (sebagai penaja) hadir secara kelas tanpa rasa-rasa menjengkelkan. RM100,000 menjadikan ianya lebih kelas.

Persembahan selingan oleh Wings menjadikan selingan bukan sekadar selingan. Ia mencadangkan sebuah penghayatan konsert. Tidak murah!

Mungkin pembukaan program boleh diperbaiki lagi.

Mungkin penyokong juga harus berpenampilan lebih baik, setanding dengan kelas majlis.

Mungkin pemilihan ‘shot’ serta suntingan boleh lebih teratur dan terarah.

Kesungguhan kesemua ‘pembuat persembahan’ tak boleh disangkal. Terjemahan itu terserah. Namun kesungguhan itu terserlah.

Ini rasa dan pemikiran spontan saya sewaktu dan selepas menontonnya. Kalau nak ikutkan, panjang je lagi nak tulis!

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES