JUST IN

Kerjasama AXA, Carsome tawar penyelesaian digital lengkap kepada pembeli kereta terpakai

by | Feb 25, 2022 | Business, Local | 0 comments

GAP-RTIV telah dilancarkan oleh AXA pada April 2020 sebagai pelan pertama seumpamanya di pasaran yang melindungi nilai penuh kenderaan dalam kejadian yang tidak diduga.

Ia menyediakan bantuan kewangan dan perlindungan terhadap pembiayaan kereta pelanggan, serta perlindungan penuh sekiranya berlaku kerugian penuh akibat kerosakan, kebakaran atau kecurian.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet berkata, perkongsian strategik ini bukan sahaja membolehkan AXA mencipta pengalaman pelanggan yang berbeza dalam proses pembelian kereta terpakai, tetapi juga mengembangkan jejak digitalnya dan menutup jurang dalam pasaran automotif digital.

“Kami percaya dengan nilai dan tujuan yang dikongsi ini, sinergi kami dengan Carsome akan memberikan pelanggan pengalaman yang mudah, segera dan disesuaikan melalui ekosistem dalam talian yang lebih cekap,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng berkata, pihaknya sentiasa mencari cara untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

“Kerjasama dengan AXA dan penyelesaian digital holistik ini menyokong usaha kami dalam mencipta pengalaman pemilikan kereta yang lancar dan membantu pelanggan ke hadapan dengan fikiran yang tenang apabila membeli kereta yang diluluskan oleh Carsome,” ujarnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES