OLEH: DR. SHAHROL
Sejak akhir-akhir ini, timbul isu kelewatan kemas kini suntikan vaksin di MySejahtera.
Untuk makluman umum, MySejahtera dikendalikan oleh CPRC sementara semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah diuruskan oleh ProtectHealth Corporation.
Walaupun kedua-duanya adalah institusi di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), namun pihak MyVAS (ProtectHealth) tiada akses terus kpd MySejahtera (tanpa melalui CPRC).
Apakah itu CPRC, KKM? CPRC adalah Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) KKM.
Apakah pula ProtectHealthCorporation? ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) adalah anak syarikat Protech Health Malaysia yang diperbadankan di bawah KKM (is a wholly-owned subsidiary of ProtectHealth Malaysia, established under the KKM).
Semua PPV Klinik Swasta adalah di bawah Protect Health sementara MySejahtera pula adalah dikendalikan oleh CPRC,KKM.
Walaupun kedua-dua badan di bawah KKM, namun masing-masing mempunyai tanggungjawab dan tugas-tugas yang berbeza.
Dalam operasi pemberian vaksin Covid-19, semua PPV Klinik Swasta adalah di bawah Protect Health dan tugas PPV adalah menyaring calon, memberikan suntikan vaksin dan mendaftar semua suntikan ke dalam sistem MyVAS.
Adakalanya calon yang divaksin telah ada namanya dalam sistem. Jadi, kemas kini ke dalam MySejahtera berlaku secara automatik (dalam tempoh 24 jam).
Adakalanya juga nama-nama calon tiada dalam sistem menyebabkan PPV Klinik Swasta melakukan pendaftaran ke dalam sistem MyVAS secara manual. Pihak MyVAS pula akan mengemaskini data tersebut ke dalam sistem MySejahtera dengan kerjasama CPRC.
Semua PPV Klinik Swasta sebenarnya tiada akses ke dalam MySejahtera. Justeru, jika selepas suntikan vaksin tiada kemas kini dalam MySejahtera, janganlah anda gusar.
Kemas kini secara manual ini perlukan masa yang agak lama. Mungkin tiga minggu atau lebih.
Andaikata tiada ‘update’ dalam MySejahtera anda setelah lebih sebulan menerima suntikan vaksin, boleh hubungi pihak MyVAS atau klinik untuk membantu menyelesaikan ‘update’ melalui pihak ProtectHealth (MyVAS).
Sememangnya kita amat berharap sistem MyVAS dan MySejahtera ini boleh diselaraskan. Namun, ianya tentu mengambil masa.
Buat masa ini begitulah yang berlaku dan janganlah kalian memarahi pihak klinik atau kakitangan jika kemas kini penerimaan vaksin anda terlewat.
Bukanlah ianya disengajakan dan anda sebenarnya tidak perlu risau kerana ‘hard copy’ atau sijil vaksin dos penggalak telah pun diberi kepada anda. Harap maklum.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)





