JUST IN

Pembenihan awan bukan bentuk modifikasi cuaca, tak ancam nyawa

by | Jan 14, 2022 | Opinions | 0 comments

OLEH: FADZLI MATGEO

Kita mungkin takut modifikasi cuaca menjadi senjata peperangan yang memberi impak kepada kita. Tetapi kita patut takut sekiranya kita tidak tahu yang generasi terdahulu telah merasa impak modifikasi cuaca sebagai senjata peperangan yang meragut ratusan nyawa di negara kita sendiri 50 tahun lalu!

Banjir-banjir besar berlaku pada tahun 1967, 1968, 1969 dan 1971 yang hadir berturutan dalam sela beberapa tahun mungkin kesan modifikasi cuaca yang digunakan sebagai senjata Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam.

Operation Popeye yang bermula 20 Mac 1967 hanya ditamatkan pada 5 Julai 1972 setelah perlakuan tersebut didedahkan media di Amerika Syarikat. 

Ia merupakan perbuatan membenih awan dan melanjutkan kerpasan hujan yang memburukkan musim hujan di Vietnam dalam melengah dan merosakkan prasarana ketika gencatan senjata terutamanya pengeboman, berlaku.

Ia dilakukan sepanjang sembilan bulan setahun dari Mac hingga November dan tentu sekali jumlah curah hujan yang meningkat ini meninggikan kandungan air dalam udara, merubah monsun hujung tahun ke negara ini dengan meleret-leret walaupun ketika operasi tersebut dihentikan antara Disember hingga Februari.

Ini kerana Semenanjung Malaysia berada dalam sistem cuaca yang sama dengan selatan Vietnam bergantung arah tiupan angin.

Akibat dari pendedahan tersebut, Amerika Syarikat membawa saingannya Russia ke meja konvensyen bagi mengharamkan modifikasi cuaca digunakan dalam peperangan pada tahun 1978.

Dinamakan Konvensyen Pengubahsuaian Alam Sekitar, larangan yang diperjanjikan adalah sebarang tindakan ketenteraan yang cuba mencetuskan gempa bumi, tsunami, mencacat keseimbangan ekologi ke atas wilayah tertentu, mengubah corak cuaca antaranya awan, kerpasan hujan, siklon yang pelbagai dan puting beliung, perubahan pada corak iklim, perubahan pada arus lautan, perubahan lapisan ozon dan perubahan ionosfera, dan banyak lagi bentuk modifikasi cuaca yang belum wujud.

Hakikatnya modifikasi cuaca yang ada pada ketika itu hanya kerja pembenihan awan. Itu pun sehingga kini, ia hanya kerja menumpang ke atas awan sedia ada dengan mengusahakan agar awan tersebut meluruhkan kandungan airnya.

Belum wujud penciptaan awan dan hujan dibuat dari langit yang biru kosong dan cemerlang oleh manusia.

Namun bak kata sesetengah pihak, tidak dinamakan undang-undang sehingga ia dilanggar dan menjemput reaksi, kita tahu penyenaraian larangan yang pada masa dahulu ibarat penyenaraian perkara yang terlalu terkedepan teknologinya, bagaikan sesuatu yang mahu dilanggar oleh pihak tertentu ketika teknologi atau muafakat dunia kegelapan seperti yang difahamkan telah bersedia melakukan.

Mungkin sebab itulah pembenihan awan sebagai usaha modifikasi tertua, tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kecuali di bawah pengawalan pihak berkuasa dan sebab itulah kosnya tinggi walau hanya bermodal air garam.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES