JUST IN

Pelan Strategik MEDAC 2022 untuk usahawan dan rakyat

by | Jan 14, 2022 | Business, LOCAL | 0 comments

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah membangunkan Pelan Strategik MEDAC 2022 yang menggariskan hala tuju dan langkah strategik untuk dilaksanakan sebagai usaha memulih dan mempertingkatkan semula pertumbuhan sektor keusahawanan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pelan strategik yang mula dilaksanakan atas kapasiti sasaran ke arah kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran bersama itu mengetengahkan tiga teras strategik, 21 strategi dan 180 inisiatif yang dijangka akan memanfaatkan lebih 690,000 usahawan serta bakal usahawan di seluruh negara.

“Teras Strategik Pertama ialah penggubalan dasar, tadbir urus serta kawal selia yang lebih komprehensif bagi membentuk ekosistem keusahawanan yang kondusif dan inklusif.

“Strategi yang digariskan adalah meliputi pembangunan pelan tindakan, semakan akta dan perundangan, penyelidikan, penilaian dan pemantauan, inovasi serta hubungan antarabangsa.

“Teras Strategik Kedua ialah pembangunan usahawan dan koperasi iaitu memulih serta mencergaskan usahawan dan koperasi agar lebih berdaya saing, berdaya maju, berinovasi dan berpengetahuan tinggi.

“Pelaksanaan strateginya adalah meliputi pembudayaan keusahawanan, pembangunan kapasiti, akses pembiayaan yang bersasar, akses pasaran, adaptasi teknologi, infrastruktur dan penarafan serta pensijilan mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Teras Strategik Ketiga ialah mentransformasikan penyampaian perkhidmatan dengan menjadikan MEDAC dan agensinya sebuah institusi dan organisasi yang dinamik melalui pembangunan bakat yang kompeten, beretika dan memiliki integriti yang tinggi, pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan, kelengkapan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang stabil dan terkini serta persekitaran kerja yang kondusif,” katanya pada Majlis Amanat Tahun 2022 di Menara Kembar Bank Rakyat, semalam.

Pada masa yang sama, Noh turut mengumumkan inisiatif terbaharu di bawah agensi kementeriannya, Bank Rakyat yang memperuntukkan geran pinjaman berjumlah RM40 juta khusus untuk usahawan luar bandar yang masih bergelut memulihkan perniagaan.

“Kita akan berikan pinjaman ini maksimum RM50,000 tanpa apa-apa cagaran. Pinjaman ini termasuklah kepada usahawan luar bandar yang tidak formal.

“Syarat yang kita kenakan sama seperti pinjaman TEKUN Nasional di mana tidak ada CTOS, kita ketepikan CCRIS. Prosedurnya juga sama dan tempoh bayaran balik secara moratorium kita ikut TEKUN bagi setahun bayar balik dan tanpa faedah,” jelasnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES