JUST IN

Wanita bukan objek! Henti segera trend ‘unboxing pengantin’

by | Jan 12, 2022 | Opinions | 0 comments

OLEH: DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

Kita lihat, generasi muda lebih mempertahankan hak dan kehormatan wanita. Mereka tidak mahu wanita dilihat berdarjat lebih rendah daripada lelaki.

Namun, ada segelintir generasi muda, termasuk wanita yang membenarkan, wanita menjadi objek. Objek yang boleh di‘unbox’.

Lebih membingungkan, yang lakukan ‘unbox’ itu si suami dan yang di’unbox’ itu si isteri. Dipertontonkan pula di sosial media, untuk tontonan umum.

Ia sedang jadi trend di Tiktok. Pasangan mempelai yang baru bernikah, pada malam pertama mereka akan buat satu video.

Video itu paparkan pasangan yang masih berpakaian pengantin, dan si suami akan membuka barang kemas dan perhiasan si isteri satu persatu.

Ia menggambarkan seolah-olah si suami sedang ‘unbox’ isteri. ‘Unboxing’ ini maknanya membuka ‘bungkusan’ barang yang dibeli atau diberi.

Betul, video-video itu tidaklah sampai menunjukkan suami buka pakaian isteri. Rakaman biasanya berhenti sehingga semua perhiasan dibuka.

Namun jujurlah, idea yang cuba disampaikan adalah menjurus kepada itu. Ia buka ruang untuk penonton berimaginasi ke arah yang tak elok.

Tiktok ini bukan sahaja orang dewasa guna. Malah boleh dikatakan yang lebih ramai guna adalah remaja, serta kanak-kanak.

Para suami, ingatlah bahawa isteri bukanlah objek untuk anda ‘unbox’ kepada pandangan orang ramai. Dia adalah insan yang anda harus lindungi dan pertahankan.

Para isteri pula, anda perlu tahu bila harus taat, dan bila harus menolak permintaan suami. Kalian bukan dijual kepada suami kalian sebagai objek.

Walaupun ia hanya dibuat untuk suka-suka, tapi ia boleh beri ruang-ruang fitnah dan sangkaan buruk kepada kalian (pasangan mempelai).

Sama-sama kita elakkan trend ‘unboxing by husband’.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES