JUST IN

Messi mungkin tinggalkan PSG andai prestasi terus merudum

by | Jan 10, 2022 | Opinions, Sports | 0 comments

OLEH: AXELLO TACTS

Lionel Messi dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG), walaupun hanya beraksi semusim sahaja bersama kelab Perancis tersebut.

Pemenang Ballon d’Or 7 kali berusia 34 tahun itu tidak memiliki musim debut yang cemerlang setakat ini di Ligue 1. Di mana beliau hanya menjaringkan hanya 1 gol daripada 11 penampilan.

Mujur prestasi beliau di UCL adalah lebih baik dengan menjaringkan 5 gol daripada 5 penampilan bersama PSG musim ini.

Sumber El Chiringuito mendedahkan bahawa, jika Messi berterusan gagal mendapatkan sentuhan gol seperti mana beliau lakukan di Barcelona sebelum ini, di mana Messi menjaringkan gol di mana-mana pertandingan sesuka hatinya, Messi bakal meninggalkan PSG.

Messi mencari keseronokan bermain sebenar dengan menjaringkan gol. Lobo Carrasco bercakap menerusi El Chiringuito, jika PSG memenangi UCL musim ini, ianya mungkin akan membantu Messi menaikkan semula semangatnya untuk terus kekal di PSG.

Jika tidak, PSG berisiko besar kehilangan kapten Argentina itu. Ini ditambah dengan fikiran Messi yang masih memikirkan Barcelona.

Kini situasi kewangan di Barca kian membaik. Barca sudah mendapatkan beberapa pemain dan mengeluarkan beberapa nama untuk mengurangkan bil gaji pemain.

Xavi sebelum ini tidak menolak kemungkinan bahawa Messi mungkin akan pulang semula ke Barcelona.

Lobo berkata: “Messi sentiasa merindui ‘modus vivendi’ (cara hidupnya) di Barcelona.”

“Jika dia berjaya, iaitu memenangi UCL, dia mungkin akan melanjutkan lagi perkhidmatannya di PSG, semusim lagi. Jika PSG gagal memenangi UCL, ianya akan menjadi tahun yang panjang untuk Messi dan PSG.”

“Saya tak rasa dia menyesal menyertai PSG dari segi alasan kesukanan, namun dari segi alasan peribadi, dia merasakan bahawa itu ibarat satu kesilapan dalam hidupnya.”

Messi baru baru ini dijangkiti wabak selepas dia berpesta bersama dengan isterinya. Laporan di Perancis menyebut bahawa Messi tidak memaklumkan sendiri perkara itu kepada Pochettino, sebaliknya pengurus itu mengetahuinya menerusi pihak ketiga.

Perkara itu kurang menyenangkan bekas pemain PSG yang kini menjadi pundit iaitu Jerome Rothen.

Rothen berkata: “Kamu harus menghormati jurulatih kamu setiap masa. Ini yang saya belajar ketika di Clairefontaine. Pochettino tidak diberitahu di mana Messi berada. Dan itu menjelaskan banyak perkara. Ini bukan benda yang bagus dan mengejutkan daripada seorang yang bernama Messi.”

-THE MALAYSIA VOICE

** Axello merupakan penulis dan pengulas sukan bebas tempatan

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES