
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Taman tema virtual realiti pertama tarikan terkini pelancong ke Langkawi

RFK Technologies Sdn Bhd (RFK) telah melancarkan VR Universal Langkawi (VRUL), sebuah taman tema virtual realiti pertama yang dibina di Pulau Langkawi.
Taman tema virtual ini menawarkan 12 daya tarikan unik berserta lebih dari 100 pelbagai kandungan permainan yang memberi pengunjung peluang untuk menikmati dan menyelami pengalaman berhibur dengan menggunakan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) dan ‘Augmented Reality’ (AR).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, usaha yang dijalankan oleh RFK ini bukan sahaja mampu menawarkan peluang pembangunan industri pelancongan ‘edutainment’ negara, malah mempertingkatkan minat di dalam bidang VR dan AR dalam sektor pendidikan tempatan.
“Kerajaan melalui MEDAC telah mewujudkan beberapa ‘game incubators’ yang memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengeksperimenkan pelbagai kit pembangunan VR dan AR.
“Penglibatan SME Bank sebagai penyedia kemudahan pembiayaan dan khidmat nasihat kepada RFK untuk projek pembangunan Taman Tema VR Universal Langkawi ini adalah satu contoh bagaimana MEDAC menjalankan tugas dalam membantu negara mencapai kemakmuran dan pembangunan ekonomi yang disasarkan,” katanya ketika melancarkan VRUL, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif RFK, Datuk Rosni Zahari berkata, dengan bantuan daripada MEDAC khususnya SME Bank, VRUL berjaya mewujudkan taman tema virtual realiti yang terulung bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.
“Ini kerana VRUL merupakan satu-satunya 100 peratus VR Park yang mempunyai ‘theming’ di setiap tarikan. Di VRUL juga terdapat permainan VR Mortal Blitz Free-Roaming di dalam kubah yang pertama di dunia.
“VRUL adalah antara empat syarikat di dunia yang dilesenkan untuk tarikan Beat Saber oleh pemegang lesen iaitu Facebook. Manakala, tarikan VR Gyro juga menjadi kebanggaan negara kerana ianya merupakan tarikan ketiga di dunia selepas Korea dan Dubai,” ujarnya.
-THE MALAYSIA VOICE