JUST IN

Shahidan umum Wilayah Persekutuan cuti sempena juara Piala Malaysia

by | Dec 2, 2021 | NATIONAL, NEWS, Sports | 0 comments

Teka-teki mengenai status cuti peristiwa sempena kejayaan Kuala Lumpur City FC menjulang Piala Malaysia edisi ke-100 akhirnya terjawab selepas satu pengumuman rasmi mengenainya telah dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, semalam.

Shahidan berkata, kerajaan telah bersetuju supaya 3 Disember 2021 iaitu Jumaat ini diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi tiga wilayah yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9 (2) Akta Hari Kelepasan Am Tambahan 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik KL City bagi Piala Malaysia edisi 100 tahun,” ujarnya dalam satu sidang media di Putrajaya Steps.

Terdahulu, warganet terutamanya dari Kuala Lumpur telah membanjiri ruangan komen di media sosial Shahidan bagi menuntut diadakan cuti peristiwa yang lazimnya akan diberikan oleh mana-mana kerajaan negeri yang berjaya menjulang piala tertua di Asia Tenggara itu.

Kelmarin, KL City nyata berada di kelasnya yang tersendiri apabila berjaya melakar kejutan setelah meraih kemenangan sensasi 2-0 ke atas pasukan pilihan berstatus bintang yang juga juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES