JUST IN

Rossi terima kejutan dipertemukan dengan koleksi motosikal juara dunia miliknya

by | Nov 14, 2021 | Opinions, Sports | 0 comments

OLEH: AXELLO TACTS

Valentino Rossi tidak dapat mengeluarkan kata kata untuk menggambarkan kegembiraan dan rasa terkejut beliau apabila dipertemukan semula dengan motosikal-motosikal yang menjadikannya juara dunia sepanjang kariernya.

Rossi ‘reunion’ dengan motosikal yang berjasa dengannya itu di Litar Ricardo Tormo menjelang MotoGP Valencia, baru-baru ini.

The Doctor jelas sekali tidak menyangka bahawa Dorna Sports akan memberikan kejutan yang begitu bermakna baginya pada musim terakhir dia berlumba.

Motosikal tersebut adalah Aprilia RS125 1997, Aprilia RS250 1999, Honda NSR500 2001, Honda RC211V 2002, Honda RC213V 2003, dan 2004, 2005, 2008 dan 2009, serta Yamaha YZR-bikes 1.

“Saya mahu mengharungi perlumbaan terakhir seperti biasa, tetapi tidak mustahil! Saya sangat beremosi sejak awal hari ini, selepas melihat semua motosikal saya, terutamanya semua pelumba MotoGP di sini.”

Pelumba pelumba yang lain turut menghadiri majlis kejutan itu. Di mana motosikal motosikal Rossi didatangkan khas dari rumahnya, tanpa pengetahuannya.

“Saya berasa sangat senang sekali,” kata Rossi dalam sidang media.

Sudah menjadi kebiasaan dalam kontrak MotoGP, di mana pelumba yang memenangi kejuaraan Dunia akan diberikan terus motosikal yang membawa mereka juara.

Rossi menyatakan bahawa beliau sudah lama menyimpan dua motosikal Aprilia dan empat motosikal Yamaha. Cuma dia agak sedih apabila tidak pernah mendapat tiga motosikal Honda yang ditungganginya pada awal kariernya dulu.

Sedangkan juara dunia dengan motosikal Honda yang lain mendapat motosikal perlumbaan mereka sendiri.

“Saya ada semua motosikal juara saya, kecuali Honda. Saya ada semua motosikal Aprilia dan Yamaha. Motosikal Yamaha saya ada di rumah, model 2004 ada di bilik tidur saya. Jadi setiap kali saya bangun setiap pagi, saya nampak motosikal itu dan menyapanya!” katanya.

“Namun, melihat mereka semua berbaris begitu, saya berasa sangat terharu. Perjalanan karier saya sangat panjang sejak tahun pertama, sudah lama. Lagipun, jika anda ingat, motosikal juara saya yang terakhir, ia adalah 10 tahun yang lalu! Ia sudah lama. Dan perjalanan ini angat emosional,” tegas Rossi dalam nada bercampur sayu.

Sesi ‘reunion’ Rossi bersama motosikalnya turut dihadiri Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis; Pengurus Pasukan Repsol Honda, Alberto Puig; dan Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola.

-THE MALAYSIA VOICE

** Axello merupakan penulis dan pengulas sukan bebas tempatan

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES