
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Zlatan sumbat gol ke gawang sendiri selepas 57 perlawanan, 565 gol dalam karier

OLEH: AXELLO TACTS
Zlatan Ibrahimovic telah bermain sangat lama di arena bola sepak profesional. Namun setelah 957 perlawanan dan menjaringkan 565 gol, akhirnya Zlatan terjaring gol ke gawang sendiri buat pertama kalinya.
Peristiwa ‘rare’ itu berlaku ketika AC Milan berdepan dengan Bologna di tempat lawan dalam aksi Serie A.
Bertempat di Stadio Dall’Ara, AC Milan mendahului 2 gol menerusi Rafael Leao dan David Calabria.
Sebelum gol Calabria itu, Adama Soumaro dari Bologna dibuang padang ketika aksi baru berusia 20 minit selepas bentesan sebagai pertahanan akhir ke atas Rade Krunic.
Namun pasukan tuan rumah mendapat gol pertama untuk merapatkan jurang gol selepas Zlatan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-49.

Keadaan menjadi lebih cemas buat AC Milan apabila Musa Barrow menjaringkan gol penyamaan.
Selepas itu, Bologna beraksi dengan 9 pemain. Ianya kerana Roberto Soriano pula dibuang padang kerana terjahan bahaya ke atas Fode Ballo-Toure.
Kedua-dua pasukan tetap memiliki peluang gol masing masing. Namun Bennacer kembali meletakkan Milan di hadapan menerusi voli cantik pada minit ke-84.
Ketika aksi seolah olah akan berakhir 3-2, Zlatan Ibrahimovic menebus semula jaringan sendirinya dengan gol pada masa kecederaan untuk kemenangan 4-2 AC Milan.
Gol tersebut menyaksikan Ibrahimovic menjaringkan gol untuk kedua-dua pasukan pada malam itu.
-THE MALAYSIA VOICE
** Axello merupakan penulis dan pengulas sukan bebas tempatan
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)