JUST IN

4,142 usahawan PKS ditawar bantuan bersasar SRP PEMULIH SME Bank

by | Oct 21, 2021 | Business, LOCAL | 0 comments

Agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), SME Bank telah menawarkan bantuan bersasar SME Relief Program PEMULIH (SRP PEMULIH) bermula Julai 2021 sehingga Disember 2021 kepada 4,142 orang pelanggan untuk pembiayaan bernilai RM5.8 bilion.

SME Bank berkata, bantuan melibatkan fasa dua itu ditumpukan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sektor pelancongan dan pengangkutan awam.

“Mereka menerima lanjutan moratorium selama 12 bulan iaitu dari Oktober 2021 sehingga September 2022 dan lanjutan tempoh pembiayaan asal sehingga 36 bulan.

“Bantuan ditawarkan dalam bentuk penangguhan ke atas bayaran prinsipal dan kadar keuntungan pembiayaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Menteri MEDAC, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan SRP ini merupakan bantuan untuk membolehkan usahawan PKS memberi fokus terhadap membangunkan semula perniagaan tanpa bebanan aliran tunai.

“Selain dari SRP dan selari dengan inisiatif kerajaan untuk membantu usahawan PKS, SME Bank telah meluluskan pembiayaan untuk Special Relief Fund (SRF) sebanyak RM506.3 juta, Penjana Tourism Fund (PTF) sebanyak RM7.7 juta dan Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF) sebanyak RM255.7 juta.  Pembiayaan ini telah membantu 1,798 orang usahawan PKS,” ujarnya.

Majlis Penyerahan Surat Penerimaan SRP PEMULIH Fasa ke-2 kepada sepuluh orang pelanggan SME Bank daripada sektor pelancongan dan pengangkutan awam telah disampaikan oleh Noh bersama-sama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, di Hotel Zenith Putrajaya, semalam.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES