OLEH: DR. KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN
Dah lama kita tak balik kampung, kan? Mesti ada yang dah lupa persediaannya bagaimana. Tak apa, saya beri senarai semak Ini:
- Buat saringan RTK atau PCR COVID-19. Hanya mulakan perjalanan bila keputusan negatif.
- Rancang tarikh dan masa perjalanan. Lebuhraya dijangka amat sesak di waktu kemuncak.
- Periksa dan selenggara kenderaan sebelum perjalanan. Dah lama tak jalan jauh, kan?
- Bawa ubat penyakit kita: darah tinggi, kencing manis, asma, kolesterol, dan sebagainya.
- Matikan peralatan elektrik yang tidak gunakan, dan cabut palam. Tutup paip air utama.
- Kunci pintu dan jeriji. Beritahu jiran tentang ketiadaan kita. Nyalakan lampu luar.
- Jangan lupa tambah nilai kad Touch N Go atau RFID di stesen minyak atau 7-Eleven.
- Elakkan berkonvoi atau berlumba. Kes kemalangan selalu meningkat pada waktu seperti ini.
- Rancang perhentian semasa perjalanan. Ambil kira keperluan rehat, makan, dan solat.
- Kurangkan bersinggah ke banyak tempat sebelum tiba ke kampung halaman.
- Kekalkan penjagaan SOP di tempat awam seperi pemakaian pelitup, dan imbasan MySejahtera.
- Lebihkan masa buat aktiviti bersama ahli keluarga (ibu bapa) di rumah.
- Jika ada ahli keluarga yang belum ambil vaksinasi, bantulah mereka.
- Jika ada ahli yang bergejala, nasihatkan agar berjumpa doktor segera.
- Akhir sekali, walau tak bergejala, lakukan saringan RTK atau PCR COVID-19 sebelum kembali ke kota.
Dalam keseronokan untuk bertemu ahli keluarga, jangan lupa tentang keselamatan dan kesihatan. Sama-sama kita prihatin perkara ini.
Semoga bermanfaat!
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)





