
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023

Anwar should pay heed to criticism

EPF funds should be for old age

Rethink building road through Tawai

Who is my neighbour?

Sultan Nazrin on tact and good manners

Fighting the scourge of diabetes

Political stability key to growing investments
Melayu mudah dijajah kerana minda lemah

OLEH: NORMAN RADZUAN
Jika bukan kerana DAP, sudah lama orang Melayu senang. Dah lama Malaysia ini semaju Singapura atau sekaya Jepun.
‘Candu kebodohan’ orang Melayu terletak kepada namanya DAP.
Sebenarnya jika belajar sejarah, banyak perkara yang pemimpin Melayu lakukan mengikuti apa yang dilakukan penjajahan British. Mereka mencari kelemahan orang Melayu.
British tahu orang Melayu benci Cina komunis. Sedangkan waktu Jepun menjajah Malaya, Inggeris salurkan senjata kepada komunis untuk menyerang Jepun.
Begitulah juga di era ini dijajah minda Melayu. Cina DAP tidak boleh dipercayai.
Sedangkan di Perak, UMNO bekerjasama dengan DAP untuk jatuhkan Menteri Besar, Faizal Azumu ketika itu.
Kerajaan Malaysia sekarang pun tanda tangani MoU dengan DAP. Malah jatuhnya Muhyiddin kerana kerjasama UMNO dan DAP.
Terkini UMNO minta pertolongan DAP untuk selamatkan UMNO di Melaka.
Dulu British buat jalan kereta api dan jalan raya, berbilion hasil bumi kita dibawa keluar.
Sekarang, Barisan Nasional tuduh Anwar dan DAP macam-macam, trilion wang negara hilang dibawa keluar.
Ada dua sebab ia terjadi. Pertama, kerana minda orang Melayu mudah diperbodohkan. Dan kedua, sebab orang Melayu tidak takutkan Tuhan dalam erti kata sebenarnya.
Orang yang takut Tuhan tak akan berani curi duit rakyat.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)