JUST IN
Insap explores the potential of BRICS
Exporting renewable energy to Singapore
Emotional intelligence and emotional maturity
Sushi Sebenarnya Berasal Dari China?
MIDA and Chery Automotive Supply Chain Programme driving benefits for Malaysian vendors in China
Malaysian with Cerebral Palsy Inspires Through Marathon Feats in Taiwan
Solitario Expands Global Presence with New Lab-grown Store in Kuala Lumpur, Enters Malaysia Market
Messi jadi penanda aras kejayaan yang mahu diraih Mbappe
Sultan of Selangor wants all deviant teachings to stop
Newcastle United kini jadi kelab dengan pemilik terkaya di dunia
OLEH: AXELLO TACTS
Hari ditunggu-tunggu oleh penyokong Newcastle akhirnya tiba. Kelab mereka sah menjadi milik konsortium Arab Saudi, PIF yang menjadikan kelab itu sebagai kelab dengan pemilik terkaya di dunia.
Sebelum ini sebuah konsortium dari Arab Saudi membida pemilikan Newcastle. Namun usaha itu gagal kerana tentangan daripada majoriti pemilik pemilik EPL yang lain.
Terbaru, konsortium yang sama juga dikatakan sedang dalam proses pengambilan daripada Mike Ashley.
EPL akhirnya mengabaikan larangan daripada BeIN Sports dari Qatar yang sebelum ini menjadi pihak yang paling aktif menentang pemilikan tersebut.
Ini kerana berlaku perbalahan politik antara Qatar dan Arab Saudi. Dan selepas perbalahan itu, Arab Saudi dikatakan menayangkan aksi EPL di negara mereka secara haram.
BeIN merupakan pemegang hak eksklusif penyiaran di Timur Tengah itu. Seterusnya BeIN menuduh Arab Saudi cuba memutihkan jenayah yang mereka menerusi sukan.
Perbalahan antara kedua dua negara membuatkan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar yang dituduh ada kaitan dengan puak ekstremis di Iran.
Tuduhan tersebut dinafikan oleh Qatar. Dan kini larangan oleh Arab Saudi ke atas BeIN sudah ditamatkan.
Larangan Arab Saudi ke atas beIN akan ditarik balik, kata satu sumber rapat kepada AFP.
Konsortium daripada dana berdaulat Arab Saudi, PCP kini sedia untuk membida semula semula hak pemilikan Newcastle.
Dan 24 kelab dalam liga utama Inggeris sedia mengundi sebulat suara pemilikan tersebut. Dan akhirnya ianya rasmi.
Tahukah anda bahawa Putera Salman kini sah menjadi pemilik pasukan bola sepak terkaya di dunia. Dengan kekayaaan berlipat kali ganda lebih banyak daripada pemilik Man City dan PSG.
Selepas 14 tahun di bawah era Mike Ashley, Newcastle sedia berubah angin dengan pemilikan Arab.
PIC merupakan dana berdaulat kerjaan Arab Saudi yang melabur di banyak sektor di luar negara.
Putera Mohammed bin Salman, akan menjadi pemilik terkaya dengan harta bernilai £320 billion.
-THE MALAYSIA VOICE
** Axello merupakan penulis dan pengulas sukan bebas tempatan
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)