
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023

Anwar should pay heed to criticism

EPF funds should be for old age

Rethink building road through Tawai

Who is my neighbour?

Sultan Nazrin on tact and good manners

Fighting the scourge of diabetes

Political stability key to growing investments
Rennes lakar kejutan, malukan barisan bintang handalan dunia PSG

OLEH: AXELLO TACTS
Paris Saint-Germain (PSG) dikejutkan oleh Rennes dalam aksi Ligue 1. Melihatkan kesebelasan ‘fantasy football alam nyata’ PSG pastinya musim ini ramai yang tidak menyangka perkara ini boleh berlaku.
Trio serangan yang dicanang sebagai trio serangan terbaik dunia ketika ini, Messi-Mbappe-Neymar kesemuanya beraksi.
Malangnya PSG mencatatkan ‘0 on target’ sepanjang perlawanan walaupun seperti dijangka mereka akan menjadi sangat dominan dalam perlawanan ini.
Angel Di Maria dan Donnarumma turut berada dalam kesebelasan utama. Namun masih belum cukup untuk PSG mengelakkan nasib yang menimpa mereka hari ini.
Rennes menjaringkan 1 gol dalam setiap babak.
Gaitan Laborde menjaringkan gol pada minit akhir separuh masa pertama. Manakala Flavian Tait pula menjaringkan gol pada minit pertama separuh masa kedua.
Messi sekali lagi gagal mencatatkan gol dalam aksi Ligue 1 walaupun sudah mencetak gol dalam aksi UCL bersama PSG sebelum ini.
Sebagai rekod, PSG kalah kali pertama dalam Ligue 1 selepas 10 perlawanan terakhir mereka. Messi merasai kekalahan pertama bersama dengan PSG.
Manakala Rennes menamatkan kemarau tanpa kemenangan mereka dalam lima aksi Ligue 1.
Agak menarik kerana Bruno Genesio adalah sekali lagi menjadi pengurus yang menjadi ‘mastermind’ di sebalik kekalahan PSG.
Genesio sebelum ini mencatatkan rekod cemerlang berdepan PSG. Beliau memenangi empat perlawanan berdepan PSG dalam Ligue 1. Tiga kali ketika bersama Lyon dan kali ini dengan Rennes.

Berikut adalah catatan keempat-empat bintang serangan utama PSG malam ini.
Mbbape melakukan 4 ‘shots’ dan kesemuanya ‘ke laut’.
Kemudian Messi melakukan 6 percubaan, 3 tak tepat, 2 dihadang dan satu terkena tiang.
Manakala Angel Di Maria turut melakukan 2 ‘shots’ dan tak satu pun tepat.
Paling sedih, Neymar cuma ada 1 ‘shot’ sahaja.
-THE MALAYSIA VOICE
** Axello merupakan penulis dan pengulas sukan bebas tempatan
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)