JUST IN

Antivaksin kena bersabar, setahun dua lagi SOP akan longgar

by | Sep 24, 2021 | Opinions | 0 comments

OLEH: NORMAN RADZUAN

95 peratus pelajar sekolah anak saya sudah divaksin. Data menunjukkan suatu yang positif.

WhatsApp dengan guru sekolah anak-anak sebentar tadi. Guru Tingkatan 5 kelas anak saya memaklumkan daripada 30 pelajar, semuanya telah divaksin. Guru kelas anak Tingkatan 2 memaklumkan dari 35 pelajar, 34 sudah divaksin. Guru kelas anak Tingkatan 1 maklumkan dari 36 pelajar, 34 sudah divaksin.

Ia dalam tempoh seminggu sahaja dan saya rasa ia agak pantas.

Perang pro vaksin dan anti vaksin terus berlaku di ‘wall’. Saya tak mahu kritik sesiapa. Bagi saya jika kita yang mahu divaksin (pro vaksin) ada hujahnya, dan mereka yang tidak mahu divaksin (anti vaksin)  itu ada hujahnya.

Barangkali kita betul dan barangkali mereka betul. Tak perlu gaduh-gaduh. Cuma setakat ini berdasarkan kepada data yang diterima, ia amat positif kepada mereka yang telah divaksin. MAEPS dikhabarkan tidak sibuk lagi dan begitulah juga hospital-hospital di sekitar Lembah Klang.

Cuma kes kematian masih tinggi. Ada yang sindir jika sudah divaksin, kenapa kes kematian tinggi? Data menunjukkan mereka yang tidak divaksin mempunyai kes kematian tinggi dan kritikal. Begitu juga kepada yang obes.

Apa-apa pun sesama kita tak perlu gaduh bab ini. Sebab kita semua pun tak tahu siapa yang betul. Cuma tentang agenda-agenda ini, saya kurang pasti sebab negara Israel adalah mereka yang paling ramai divaksin dan begitu juga negara-negara Eropah serta China.

Takkan mereka nak bunuh rakyat mereka sendiri kan?

Entahlah. Seperti saya kata, kita amalkan apa yang kita yakin. Untuk saya seperti saya katakan vaksin, Ivermectin, vitamin, makanan atau minuman sunnah semua itu saya yakin.

Saya simpati kepada mereka yang anti vaksin dan saya harap bersabarlah.

Saya yakin jika kes semakin menurun dalam setahun dua ini, kerajaan akan melonggarkan syarat-syarat dengan membenarkan anti vaksin mengunjungi kompleks beli-belah, rentas negeri, premis restoran, hotel, panggung wayang dan sebagainya.

Setahun dua itu tak lama. Jadi, tak perlu gaduh-gaduh atau salahkan sesiapa hingga nama Anwar Ibrahim pula dijadikan bahan cacian.

Anda berhak tidak mahu divaksin. Cuma prosedur operasi standard (SOP) negara kita dan dunia lebih memihak kepada pro vaksin. Indonesia antara negara yang mewajibkan rakyatnya divaksin.

Cuma mereka yang rindu Kaabah mungkin hadapi kesukaran jika tidak divaksin. Ini bukan undang-undang negara kita, tapi Arab Saudi.

Jangan Anwar juga yang kena marah.

‘Chill’ okey. Kita ada pilihan mahu atau tidak.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES