
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Skim OPIMIS galak penggunaan mekanisasi sawit

Skim Insentif Mekanisasi Sawit (OPIMIS) yang diperkenalkan kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan penggunaan mekanisasi dalam sektor perladangan sawit bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja pada masa ini.
Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, terdapat penerima Skim OPIMIS yang menunjukkan peningkatan produktiviti kerja sehingga 40 peratus.
Menurutnya, Skim OPIMIS yang diperkenalkan pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penggiat industri terutama pengusaha ladang dan pekebun kecil.
“Jelas terbukti, penggunaan mekanisasi merupakan penyelesaian yang berkesan terutama pada situasi kekurangan tenaga kerja pada masa ini.
“Oleh itu, penggunaan mekanisasi dalam perladangan sawit dapat mengurangkan sedikit sebanyak kebergantungan kepada tenaga kerja asing,” kata beliau pada Webinar Skim Insentif Mekanisasi Sawit (OPIMIS) anjuran MPOB, semalam.
“Peruntukan yang disediakan melalui Skim OPIMIS telah memberi manfaat kepada hampir 650 penerima dengan jumlah pembelian mesin hampir 1,400 unit merangkumi pelbagai jenis jentera dan alatan ladang,” ujarnya.
Tambah Parveez, berdasarkan sambutan penggiat industri, permintaan dan penggunaan mesin adalah menjadi satu alternatif dalam sektor perladangan.
MPOB dan pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) terus berusaha untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada tenaga kerja dengan pendekatan yang lebih drastik.
Ini termasuk penubuhan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) bagi menyokong aktiviti penyelidikan dalam bidang mekanisasi perladangan sawit.
-THE MALAYSIA VOICE